17 February 2009

kisah semalam

[[KISAH SEMALAM]]]

semalam sy ke hospital.kenapa?sebab kena jumpa doctor la.hehe.usah ditanya sakit apa.sy mahu menceritakan gelagat-gelagat manusia di hospital semalam.ini kali ke 4 mungkin saya ke hospital al hikmah sepanjang saya berada di tahun dua ini.banyaknya.mungkin itu yang keluar dari mulut kalian ketika membaca 'kali keempat'.mana tidaknya,baru beberapa bulan di mesir(selepas pulang bercuti di Malaysia).sebenarnya,saya baru kali kedua ke hospital atas urusan peribadi.dua kali lagi itu saya hanya menemani kawan rumah saya,fathiyyah dan aimi.kali terakhir,saya ke hospital adalah pada 1 disember 2008.kenapa saya ingat tarikh ini?fathiyyah dan huda tahu apa yang saya lakukan pada jam 6 petang itu.=D

saya dan aisyah ke hospital pada jam lebih kurang 5.10 petang.tiba di sana dalam 5 minit kemudian.dekat bukan?saya mendaftarkan diri untuk pemeriksaan doktor dengan bayaran LE20.berjumpa nurse,ambil nombor giliran.16.nurse itu berkata,doktor akan tiba pada jam 1800.kami pulang ke rumah dahulu,solat dan makan.

jarum pendek menunjukkan angka 6 manakala jarum panjang berada pada angka 4.kami sudah lambat!!kelam kabut kami ke sana.masuk ke klinik pesakit luar,sy terasa semua mata memandang ke arah kami.ya,memang benar!saya kaget sebentar.apa yang disembangkan bersama aisyah tadi terberhenti begitu sahaja.kami berbaju kurung.bertutur dalam bahasa melayu yang asing bagi mereka.rupa kami bukan dari kalangan timur tengah seperti mereka.mungkin tiga sebab ini yang menyebabkan kami dipandang sebegitu.tidak mengapalah,fenomena sebegini sudah biasa bagi kami.

ada kerusi kosong di tengah-tengah antara seorang pakcik dan makcik.aisyah memberikan saya peluang untuk duduk di kerusi itu.dia hanya berdiri bersandarkan dinding.diam.tak tahu mahu lakukan apa.ikutkan hati mahu sahaja saya buka mulut bertanyakan itu ini kepada pakcik itu.tapi kelihatan beliau sangat letih.saya batalkan niat itu.saya dan makcik hadapan saya berbalas senyuman.beberapa kali kami lakukan sedemikian.=)

makcik sebelah saya.kasihan saya tengok beliau.sekejap sekejap bangun,berjalan-jalan ke sana ke sini sambil mulut berkata-kata.tidak silap saya,dia sudah lama menunggu dan tak masuk-masuk lagi ke dalam bilik doktor itu.kemudian beliau duduk kembali.saya terlihat ada beberapa orang yang seperti mentertawakan beliau.*tak tahu nak cakap apa*

saya beranikan diri untuk bertanyakan nombor giliran pesakit yang baru masuk ke bilik doktor.takut-takut saya terlepas.

'lau samahta,dilwakti raam kam??'tanya saya sambil memaniskan muka.

beliau memulakan jawapan sambil tangannya menunjukkan isyarat supaya saya membuka resit saya dan menunjukkan nombor giliran.'sitta asyar.lissa.ana arba'ata asyar'

saya mengangguk tanda faham.'syukran'

makin lama,makin ramai pula manusia yang hadir.warga emas.rasa bersalah menyelubungi hati.lantas,saya bangun dan mendapatkan aisyah yang sedang khusyuk menonton CSI di tv yang disediakan di bahagian atas.saya berdiri di sebelah beliau.kadang-kadang rasa sakit itu muncul.tapi saya boleh lagi tertawa.(tak tahu kenapa kalau duduk dengan aisyah asyik nak gelak je).nurse datang lagi.membacakan nama-nama yang akan mengambil giliran selepas pesakit yang sedang dirawat oleh doktor safwaat yousuf kadwaanii itu.huh.nama saya masih jauh lagi.12.tak silap saya itu giliran sekarang.tak larat dah nak menunggu.sambil membaca buku embryology yg dibawa bersama supaya masa tidak terbuang begitu sahaja.

terdengar suara wanita menjerit.pandang ke kanan.nampak seorang wanita sedang dipapah sambil terhenjut-henjut dek kakinya kanannya yang seperti punya masalah.dia menghampiri saya.seperti memerlukan pautan lantas saya mencapai tangannya untuk membantu sedaya mungkin.seorang wanita tua.mungkin ibunya,yang bertindak seperti mahu mendukung beliau.seorang lelaki bangun dari tempat duduknya dan memberi ruang pada wanita itu tadi.*sedih saya memandang keadaan beliau*

eh,ada kerusi kosong lagi!semua orang tidak mahu duduk.kata mereka,giliran mereka sudah hampir tiba.tidak mengapa.beberapa makcik arab memandang saya dan menyuruh saya duduk.terima kasih.sebelah saya adalah makcik yang senyum-senyum pada saya awal-awal tadi.saya yang kononnya ramah,bertanya kepada makcik itu maksud satu perkataan arab yang terlekat pada pintu bilik.tak pasal-pasal dengan hanya satu perkataan tu,kawasan tu menjadi kecoh.semua tertumpu kepada saya(lagi??).dengan semangatnya makcik tu menjawab..blablabla..(saya yg tak faham makcik ke makcik ni yang tak faham soalan saya?)akhirnya,baru makcik tu faham yang saya hanya bertanyakan apa itu...dan bukannya mahu pergi ke bahagian itu.maaf ye makcik atas salahfaham itu. =(

lebih kurang 7.30 malam,giliran saya pula untuk masuk dan bertemu doktor safwaat itu.kami berkomunikasi dalam bahasa inggeris.alhamdulillah.senang sikit nak complain.tiada apa yang serius.cumanya doktor cakap saya hypotension.tak teruk pun.saya kena buat pemeriksaan susulan pada hari isnin akan datang.beliau akan beri vitamin.nasihat beliau 'makan sayur yang telah dimasak'.saya dan aisyah gelak-gelak je.hihi..terima kasih doktor.

saya keluar dari bilik tanpa memandang sesiapa.terus meluru keluar mencari farmasi.
pengalaman yang menarik sepanjang berada di hospital semalam!

*maaf kerana entry kali ni sangat panjang.
*saya selalu terlupa untuk makan ubat sebelum ambil breakfast,lunch atau dinner.tolong ingatkan saya ya!!

0 Respon: