
Jom renung sebuah kisah benar ini ^_^
Ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita.ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya maka pergilah lelaki itu bersamanya.Sesampainya di kampung yang sunyi ketika orang-orang kampung telah tidur, maka lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itupun menyahut, "Lihat,apakah orang-orang telah tidur semuanya?"
Dengan demikian,lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak.Setelah jelas semua orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, "Benar,semua orang telah tidur."
Lalu wanita itu bertanya, "Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini, Dia juga tidur?"
Lelaki itu menjawab, "Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur."
Wanita itu lalu berkata, " Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidu lelap dan tidak melihat kita.Oleh kerananya,Dia lebih berhak kita takuti."
Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana takutkan Allah. Dia segera pulang ke rumahnya dan bertaubat.
Setelah dia meninggal dunia, ada seseorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, : "Apakah yang dilakukan Allah kepadamu?" Lelaki itu menjawab, "Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosaku."
-dipetik daripada Kitab Mukasyafah al-Qulub,karangan Imam al-Ghazali,muka surat 7-
++ Tundukkan dan ikhlaskan hati dalam setiap aktiviti perhambaan kita kepada Allah SWT :)

1 Respon:
nice.
thanks for sharing..
jzkk.
Post a Comment