kehormatan apa lagi yang tersisa untuk kaum terhormat
sdang dirimu adalah ratu orang-orang terhormat
kemuliaan apa lagi yang tertinggal untuk kaum mulia
sedang dirimu adalah tumpuan orang-orang mulia
keluhuran apa lagi yang tinggal
sehingga orang-orang yang luhur turut bersamamu
kecerdasan apa lagi yang kurang darimu
sedang dirimu faham betul kedudukan penghulu para nabi
puncak keutamaan apa lagi yang tidak tergapai
kepada kaum bijak engkau pemimpin perempuan Quraisy
ratu Mekah dambaan dan idola pemilik kemuliaan
perempuan di puncak keagungan nan kukuh
perempuan subur penyemai kelembutan cinta
perempuan suci penebar kesucian
perempuan mulia penebar kemuliaan
mata tunduk tidak sanggup menatap ketinggian darjatnya
hati bergetar girang kala mengingatinya
jelmaan isteri penuh pesona laksana ibu sang suami
rekah rona cinta laksana mempelai tidak sirna
setiap saat dalam genggaman keanggunan kasih
ratu terpelihara yang menyeru sekitar Mekah
dengan kesucian dan kesuburannya
bak mentari setia dan sedia dalam segenap duka
untuk sang suami dan nabi tercinta
-Dr.Muhammad Abdul Yamani-
sdang dirimu adalah ratu orang-orang terhormat
kemuliaan apa lagi yang tertinggal untuk kaum mulia
sedang dirimu adalah tumpuan orang-orang mulia
keluhuran apa lagi yang tinggal
sehingga orang-orang yang luhur turut bersamamu
kecerdasan apa lagi yang kurang darimu
sedang dirimu faham betul kedudukan penghulu para nabi
puncak keutamaan apa lagi yang tidak tergapai
kepada kaum bijak engkau pemimpin perempuan Quraisy
ratu Mekah dambaan dan idola pemilik kemuliaan
perempuan di puncak keagungan nan kukuh
perempuan subur penyemai kelembutan cinta
perempuan suci penebar kesucian
perempuan mulia penebar kemuliaan
mata tunduk tidak sanggup menatap ketinggian darjatnya
hati bergetar girang kala mengingatinya
jelmaan isteri penuh pesona laksana ibu sang suami
rekah rona cinta laksana mempelai tidak sirna
setiap saat dalam genggaman keanggunan kasih
ratu terpelihara yang menyeru sekitar Mekah
dengan kesucian dan kesuburannya
bak mentari setia dan sedia dalam segenap duka
untuk sang suami dan nabi tercinta
-Dr.Muhammad Abdul Yamani-
7 Respon:
~Selawat dan salam sentiasa berterusan ke atas kekasihMU makhluq terbaik yg diciptakan~
Apakah kerana teringat jiran tetangga yang tinggal di Zi al Salam sehingga engkau linangkan airmata bercampur darah yang mengalir dari matamu
Ataukah kerana tiupan angin kencang yang berhembus dari arah Kazhimah atau kerana sihir kilau yang membelah kegelapan malam dari gunung Idham.
Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan airmata, walaupun telah engkau katakan, "Tahanlah! Jangan menangis". Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah padahal engkau katakan padanya "Tenanglah hatimu".
Apakah orang yang mabuk yang dimabuk cinta menyangka, bahawa cinta kasih dapat disembunyikan di sebalik kegelisahan jiwa?
Kalaulah bukan kerana dalamnya cinta, tidaklah akan bercucuran airmata di atas puing-puing rumah kekasih dan fikiranpun selalu melayang sehingga tak dapat tidur kerana mengingati pohon al-baan dan gunung al Alam.
BAgaimana hendak disembunyikan lagi satu cinta yang telah dibuktikan saksi adil, berupa cucuran airmata dan badan yang menderita menanggung rindu.
Rindumu sudah tidak dapat disembunyikan lagi, bila telah terukir di kedua pipimu kesan merah cucuran airmata laksana ranting anam yang bercabang dua dan bila tubuhmu kurus kerana gelisah.
Ya, dikeheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih, sehingga nak tidurpun susah. Begitulah sbenarnya cinta apabila telah bertapak dalam hati, ia akan menukarkan segala kelazatan menjadi derita.
Wahai orang yg mencelaku, tentang cintaku. Sepatutnya org yg dimabuk cinta ini dimaafkan shj atas keterlanjurannya. Andainya engkau sedar tentang derita org yg bercinta sudah pasti engkau tidak mencelanya
Sebenarnya keadaanku jelas dihadapanmu dan sudah tiada ada satu rahsiapun yang masih tersembunyi dari mata-mata orag-org yang mencintaiku, sebagaimana derita cintaku tiada pernah berkurang.
Engkau bersungguh-sungguh memberikan nasihat kepadaku, namun ak masih tidak mahu mendengarnya. Begitulah agaknya org yg dimabuk cinta sudah menjadi tuli dari celaan.
Aku masih curiga terhadap nasihat uban yang putih dikepalaku. Padahal kedatangan uban itu sepatutnya sudah tidak perlu ndicurigai,
~Selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda~
-BAB 1 Qasidah Al-Burdah Imam Al-Busairi-
Mari berselawat..
to din:
masyaAllah.indah sungguh qasidah ini..
terima kasih kerana sudi berkongsi.=)
jom berselawat!
xpenah ak jmpak org komen cm din..
hahak,panjang giler gaban....
cayala diiinnnn,terbaek.....!!!~
to maigeta:
aah,terkjut tgok komen panjang lebar.xpe,komen berfaedah.die nak share.
ape kate aku buat satu entry khas pasal qasidah ni.ok tk??
two thumbs up
thnk you:)
you are welcome~
uish...besnye ade post khadijah khuwailid ni....xde ke post pasal qasidah khadijah nizam??? request ni..muahahaha
Post a Comment