baru sahaja pulang dari kelantan dan terengganu..jauh tu berjalan..ada sebab utama saya dan family ke kelantan tu..sambil2 tu kami bercuti di sana..vacation kami bermula pada:
16 ogos 2008
Ayah saya ikut BKE highway..ikut permatang pauh..aduss..salah jalan plak ikut sini..sebabnya pagi tu sibuk dengan penamaan calon.kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas..jalan raya sesak sangat..hampir sejam kami kat tempat yang sama..tak bergerak2 pun..nak ke highway tu,dari 3 lorong,jadi 1 lorong je.2 lorong dijadikan tempat parking kenderaan2 pengundi dan penyokong..'raya' bendera kat permatang pauh tu..dalam tempoh penamaan calon sampai 26 ogos nanti,kawasan tu akan sentiasa dibanjiri oleh orang ramai..
Kira2 pukul 11 pagi, baru lah kami dapat bergerak dengan lancarnya..sampai di pulau banding dalam pukul 12 lebih..berhenti makan..ambil angin kat situ.tangkap2 gambar..tasik tu cantik..tapi ada la seorang kenalan saya cakap, malam2 lagi 'lawa'..hmm paham2 sendiri la ye..kawan ayah saya, yang menetap di machang jemput kami sekeluarga tido kat rumah dia..sebab esoknya,kami ada 'hal' penting untuk dilakukan..hehe..
17 ogos 2008
Selepas zohor,kami ke bachok untuk selesaikan 'hal' tu..kira2 pukul 6 petang,semuanya selesai dan kami mula mencari hotel..jenuh gak cari hotel sebab yg full,cuti sekolah la katakan..last2,dapat gak cari tempat penginapan untuk 2 malam..grand river view hotel..malam tu semuanya berehat di dalam bilik je..kami sekeluarga makan2 depan tv,sambil tengok lee chong wei beraksi dalam badminton lelaki perseorangan..tak mengapalah,dapat gak pingat perak..daripada takde langsung pingat untuk malaysia..
18 ogos 2008
After having breakfast,kami ke jerteh,terengganu untuk ke rumah abang adam,'kawan' satu ofis parent saya..act,umur dia 25 tahun sebaya dengan abang saya..sampai jugak la ke terengganu tapi dekat2 dgn sempadan kelantan laa..makan nasik kat rumah dia..sembang2 sikit..kalau makan kat rumah orang kelantan dan terengganu ni tak sah kalau takde budu..haih~walau apa pon,saya tetap tak reti makan benda2 pelik ni..dalam pukul 3.30 petang,kami ke tempat yang banyak dengan keropok losong*..borong la keropok2 kat situ.hehe..
Pukul 6.45 ptg sampai di hotel semula,mandi2,rehat2..malam tu makan2 dengan encik mat zain(kwn ayah yg dok kat machang tu) dan ke pasar malam wakaf cek yeh..takdela beli apa sangat malam tu..
Masa di hotel tu,ada satu insiden yang menyebabkan saya mengalami sedikit kecederaan..haih~nasib badan..hanya insan2 tertentu saja apa insiden tu..sabar je la syila ek..
19 ogos 2008
Bangun2 pagi je,adik saya yg bongsu(ina) ajak2 saya ke swimming pool..saya malas nak teman dia..last2,mak saya turun temankan dia..lepas breakfast,kami check out..terus menuju ke pasar besar siti khadijah, kedai emas..jalan2 macam tu je..cuci2 mata tengok barang dia.takde mood nak bershopping..dalam kereta,semuanya tido..kesian abah drive sorang2,takde sape nak sembang dgn abah..sampai kat tanah merah untuk lunch..pastu ke bukit bunga untuk sambung shopping..saya dan adik saya berpakat untuk membeli bantal spongebob dan patrick..hehe..habis je shopping,dok dalam kereta,apa lagi..aktiviti biasa la~tengok2 dah sampai kulim..pastu makan char kueytiow..nak alas perut jek.saya sebenarnye teringin nak makan pisang goreng..takpela..laen kali pulak.sampai rumah maghrib,angkat2 barang..rehat2 jap..sapu sampah,lipat baju..sambil tengok cerita 'ku milikmu' di tv3,saya dan mak makan nasik pulak..mak saya suruh saya goreng keropok lekor..melantak lagi..waahh..banyak betol kamu makan ye syila..hik3..
**ramai kawan saya cakap sakan saya berjalan cuti ni..biasalah..kalau duduk rumah je,bosan taw..
*plan saya selepas ni..
-bbq dengan pakngah kat kampung
-pergi kenduri kawan saya
-pergi shopping kat jaya jusco yg baru nak bukak 22 ogos ni
-mengajar pada hujung minggu
-ke perak..(sekolah rendah,nak kna bagi talk kat adik2 darjah 6 dan ke smkasas)
-ke kl..(amik sijil spm kat kisas dan jumpe kawan2 lama)
*bulan puasa saya dok rumah je kot..tak pergi mana2..
0 Respon:
Post a Comment