27 March 2012

Jadi Baik

0 Respon

Semenjak dua menjak ini, apabila melalui satu fasa ini, terfikir,

Macam mana nak jadi baik ye?

Apa definisi baik tu?

Teori senang, tapi praktikal nya, susah amat.

Wahai bakal penghuni Syurga kalian, tolong saya boleh? T_T


15 March 2012

2 bulan

0 Respon
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dua bulan sudah blog ini tidak dikemaskini. Malas, tiada mood, tiada idea, sibuk (??, ok ni tipu)

Update terakhir saya adalah pada 22 Januari, iaitu pada mulanya Round Surgery. Dan semalam, 14 Mac sudah berakhir Round ini. Alhamdulillah :)

Seminggu selepas bermulanya Round Surgery itu, Winter Break sudah bermula, sejak 27 Januari sehingga 11 Februari. Cuti musim sejuk yang rasanya tidak ada cuti langsung. Jadual padat. memang bilik tidak berpenghuni lah sepanjang 2 minggu itu.


28 Januari- 31 Januari 2012, Dumyat

Alhamdulillah, Allah tempatkan saya di sini. Sungguh, perasaan pada mulanya sangat berat. Saya tak tahu kenapa. Futur mungkin. Allahu, berat sungguh apabila keadaan ini menimpa diri. Dan sehingga satu fatrah terasa ingin berseorangan sendirian, mencari diri semula. Berjumpa dengan akhawat, dengan muka ceria dan penuh dengan hammasah, menyegarkan jiwa. Saya ditempatkan di satu posisi khas. Pada mulanya, saya mencari-cari dan terasa geram mengapa saya di situ. Allah kan Maha Tahu. Walau di mana pun posisi kita, masih terselit Tarbiyah itu jika dibuat kerana Allah. Dan banyak saya belajar :)

Kalau nak kenal seseorang itu, kita kena duduk dengan dia sepanjang 3 hari dan ke atas kan? Memang betul pun! Seorang-seorang saya kenal, dan rasa sayang itu dipupuk. Saya doakan kalian moga menjadi Bidadari Syurga kelak. Doakan saya juga ye :)

Oh ya, saya berjumpa semula dengan roommate saya semasa bulan Ramadhan lepas. Tetamu khas dari Korea. Sweet kan Allah ni? Hati berbunga-bunga cinta selepas pulang dari Dumyat

Allah Pemilik segala rasa hati :)


2-10 Februari 2012, United Kingdom

Berjaulah dengan 17 orang akhawat, memang banyak belajar. Sangat!
Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan saya, seramai 7 orang.

Cairo-London-Bristol-Cardiff-Manchester-Lancaster-Leeds-London-Cairo

Kalau nak cerita, memang panjang lah kan. InsyaAllah, berhasrat untuk bercerita dalam satu entry khas. Untuk kenangan masa depan :)

Bertemu insan di dunia realiti yang pada mulanya dikenali hanya di alam maya, rasa lain. Lain sangat. Sungguh, Allah Tahu apa yang kita tidak ketahui. Allah sebaik-baik perancang :)

Syukur. Terima kasih, Allah


13 Februari- 14 Mac 2012, Kaherah

Bermulanya sesi pembelajaran sebagai seorang pelajar perubatan. Mood tu, adalah naik turun kan. Doakan saya supaya semakin bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu ini kerana Allah semata-mata. Hanya Allah.

17 Mac 2012

InsyaAllah, Round O&G (Obstetrics & Gynaecology) bermula. Yeayyyy! akhirnya dah sampai round yang paling ditunggu-tunggu. hehe :D

InsyaAllah juga, tinggal 3 bulan setengah sahaja lagi sebagai pelajar tahun 5, kemudian ke tahun 6. Pelajar tahun akhir? :)

Minta doa dari semua, semoga urusan kehidupan saya, dipermudahkan oleh Allah :)
Jazakumullah khairan jaza' untuk segalanya.

p/s: rasa macam kekok sangat menulis. kena asah semula dan pertajamkan skill. hoho

p/s 2: sangat cool bile suruh abang belanja ipad kalau nak rahsianya ditutup dan dia seakan-akan bersetuju. haha

22 January 2012

Spirit Bismillah!

0 Respon

Bismillah
Awali langkah dengan Bismillah
Maju jalan, temukan spirit yang hilang

Bismillah adalah spirit
Pintu segala kebaikan
Jendela keberkahan
Gerbang kesuksesan
Jalan kebahagiaan
Gapura hidayah
Spirit penggugah agar jiwa terus melangkah

Bismillah adalah visi
Bersih dalam pengawasan Allah
Peduli terhadap sesama
Profesional dalam kinerja

Bismillah adalah mu'ahadah
Agar janji terpatri di hati
Setiap detik, jam, minit, jam, hari, pekan, bulan, tahun dan abad

Bismillah adalah muroqabah
Merasakan kehadiran Allah begitu dekat
Mengawasi, mengiringi, mendampingi, menunjuki, dan meneguhkan pijakan kaki

Bismillah adalah mujahadah
Bersungguh-sungguh, tanpa mengeluh, pantang berkesah, dan senang berjuang

Bismillah adalah musyaraatah
Syarat diterima sebuah amal, kinerja, perbuatan kalau dipenuhi rukunnya
Pertama, bismillah niat kerana Allah, ikhlas mengharap redhaNya
Kedua, benar caranya, sesuai tuntunan, prosedur, aturan, syariat dan manhaj

Bismillah adalah doa
Doa adalah cita-cita
Doa adalah harapan
Doa adalah kekuatan
Doa adalah pengarah langkah
Doa adalah keyakinan yang menggerakkan
Doa adalah kepasrahan atas ketidakberdayaan
Doa adalah pengakuan kelemahan di depan Allah Pemilik segala kesempurnaan
Bismillah adalah bukan bukan sekadar doa
Bismillah adalah kekuatan
Bertumpu di atas tauhid, keyakinan. ats-siqoh billah

Keyakinan ini membuat jiwa orang beriman selalu optimis menapaki kehidupan, istiqamah
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"

-New Quantum Tarbiyah-
Solikhin Abu 'Izzuddin


Dengan Bismillah, saya mulakan round baru saya hari ini (22 Jan 2012), Surgery :)

16 January 2012

Bye bye Paediatrics

4 Respon

InsyaAllah Rabu(18 Jan) dan Khamis (19 Jan),pelajar Malaysia akan menduduki End Round Exam.


Mohon doanya ye :)


Sangat enjoy belajar Paeds selama 10 minggu ni. Banyak sangat belajar. Macam-macam selain ilmu medic :)


Tinggal 2 rounds lagi utk tahun 5. Surgery dan O&G. Sukee sangat O&G! ^^,


Seminggu je start round Surgery,lepas tu winter break. Nama je cuti,tapi saya rasa badan saya tak bercuti pun. Tak sabar nak tunggu 28 Jan-10 Feb! ;)


Terima kasih doktor2 yg OSEM dan patients yg sangaat baik hati


Moga Allah balas dengan ganjaran yg baik!


Published with Blogger-droid v2.0

01 January 2012

Ahlan Wasahlan 2012

0 Respon
Alhamdulillah, 2011 sudah melabuhkan tirainya dan diari hidup 2012, sudah bermula :)

2011

ada kisah tersendiri,
banyak suka, dan tidak kurang juga duka

yang suka, yang duka
Syukur, segala puji hanya layak untuk Allah. Allah sebaik-baik perancang.

Khatam Quran bersanad selepas hampir 3 tahun belajar Quran dengan Ustazah Effat. Seminggu sekali ke kelas Quran, belajar sekali dengan tajwid. Ijazah yang sangat berharga bagi saya :)
dan beralih ke guru Quran, Ustazah Sana' yang baru semasa cuti musim panas yang lepas. tumpuan saya adalah hafazan dan ilmu tafsir. Doakan saya ya.

Revolusi Timur Tengah khasnya Mesir (25 Jan)
- Sejarah yang tidak dapat dilupakan seumur hidup insyaAllah, bakal diceritakan kepada anak-anak dan cucu cicit (jika dipanjangkan umur)

Saya dah dapat anak menakan baru pada 25 Disember 2011! (bukan anak menakan betul, tapi saya dah digelar 'makngah' oleh ibunya). Anak seorang pelatih PLKN saya, yang sy rapat sampai sekarang, sy panggil, cikgu Anne. Baby, nanti makngah datang jenguk kamu ye bulan 7 nanti insyaAllah. Masa tu, kamu dah boleh duduk dah. hee :)

Pertama kali dapat join program NGO di Penang, sempena Valentine's Day. Ada projek dakwah di situ. Harap berpeluang lagi nanti insyaAllah.

Belajar bahasa Arab. Dapat refresh dan tambah ilmu yang pernah dipelajari sebelumnya di sekolah menengah dahulu.

Berukhuwwah dengan pesat. hihi. Ramaaaaaaiiii sangat orang yang saya jumpa tahun ini. Sama ada di Mesir mahupun di Malaysia. Moga ukhuwwah kita, ukhuwwah yang mutamayyizah (unik) dan berkekalan hingga ke Syurga. Sayang kalian semua, kerana Allah.

Jumaat lepas, ada seseorang cakap pada saya,
"akak, akak dah semakin matang lah. Teringat saya 2 tahun lepas"

Saya senyum. :)

Sepanjang hari itu (dari pagi sampai tengah hari), dia melihat semua pergerakan saya (dia cakap). Dia perhatikan saya makan, saya minum, bercakap. Hoho~

Terima kasih, dik.

2011, tahun meningkatkan diri. banyak belajar untuk mematangkan dan me'laju'kan diri.

Terima kasih Allah, terima kasih 2011,
Terima kasih untuk sesiapa yang memainkan watak dalam cerita hidup 2011 saya.
walaupun masih ada lagi yang tidak tercapai, itu adalah urusan hamba dan Tuhannya. Moga hati ini semakin terikat dengan Al-Khaliq. Dan semakin yakin dengan 'Allahussomad'.

Banyak belajar dari erti hidup 2011

Tidak banyak target 2012.
Target masih sama, ada 1-2 kot yang ditambah masuk dalam wishlists.
Cuma mahu meningkatkan pencapaian supaya target itu dapat dibuat dengan sempurna

Semoga semakin bertambah amal
Semoga semakin berakhlak mulia
Semoga terus cemerlang dalam D&T dan Medic

Ahlan Wasahlan 2012
Moga lebih banyak yang saya akan belajar dari kisah hidup baru
Terima kasih Allah!

#1: Betullah, memberi itu lebih banyak dapatnya daripada menerima
#2: Senyum-senyum sendiri, bahagia. Sebab apa? Allah sahaja yg tahu. :)
#3: Lagi 2 minggu akan habis Paediatrics round. Lagi 2 minggu jugak lah ada exam. Seminggu Surgery dan kemudian Winter Break. Ehem, can't wait! :D

23 December 2011

Rezeki

1 Respon


Siapa sangka dalam perancangan awalnya lain,
perasaan berbelah bahagi
itu dan ini

akhirnya Allah kurniakan rezeki
dari arah yang tak disangka-sangka

Paling membahagiakan adalah apabila mendapat sokongan dan dorongan dari ibu bapa sendiri
Perasaan terharu itu tak pernah padam sampai sekarang

Tiada pujuk-pujuk, terus di'offer'
dalam hati, Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya
terus menangis 2-3 hari apabila teringat (hehe)

Teringat peristiwa semasa kami sekeluarga ke Pulau Aman, Penang

Abah: Ambil lah nombor telefon orang pengurusan kat sini, ada chalet. nanti boleh buat beriadah dengan 'kawan2' kat sini.

Saya: Ehh?


Tengok abah dan emak, muka tenang, tanda menyokong.

Abah, emak. Terima kasih.
Allah sahaja yang layak membalas
Semoga Allah mengganjari SYURGA FIRDAUS untuk kalian :')

Nota 1: Rezeki adalah qadar Allah yang tak boleh diubah.

Nota 2: Sabar itu indah :)


Nota 3: Ada ukhti pesan, " Syila, mintak sungguh2 pada Allah dan yakin yg Allah akan bagi SEMUA. sebab Allah je yg akan bagi SEMUA tu kat kita" terketuk apabila kadang2 timbul perasaan tak best tu. Astaghfirullah T_T


Nota 4: Tiada apa yg dapat diucapkan selain, Alhamdulillah, SubhanAllah, Allahu Akbar. Semuanya kuasa Allah :)

Nota 5: Jom baca Al-Kahfi!


mood: Terharu tak sudah-sudah.hehe

21 December 2011

Cinta dalam diam

0 Respon

Setiap doa yang diucap
Setiap ingatan yang terlintas
Setiap air mata yang mengalir

untuk kamu

semuanya kerana Allah
Aku sayang kamu kerana Allah
Aku rindu kamu kerana Allah

tidak semestinya cinta dan sayang itu diucapkan
aku memilih untuk cinta kamu dalam diam

kalau kamu ada di hadapan aku
mesti tubuhmu sudah erat kudakap

sama ada kamu tahu atau tidak
sama ada kamu membalas atau tidak
aku tetap akan sayang kamu

Ukhti, uhibbukifillah :')

17 November 2011

Abah

2 Respon
Lama tak bercerita tentang kehidupan sendiri.

Epilog cerita bermula 2 minggu sebelum End Round Internal Medicine pada 3 November lepas. atau lebih tepat, sehari sebelum hari lahir saya kot.

Satu je perkara yang saya mohon banyak-banyak kat Allah, supaya Allah sentiasa melapangkan dada saya dalam setiap perkara yang saya lalui. Juga sifat SABAR yang berpanjangan.

Tipulah kan, kalau tidak terasa hati, dan kalau ikut nafsu ammarah, memang boleh naik tocang jugak lah kot.

Tapi sebab kita seorang Muslim, yang Islam dah tetapkan garis panduan seorang Muslim dan Mukmin itu berakhlak, maka perlulah kita sedaya upaya sehabis baik beriman dengan perkara itu.

ok, full stop :D

Kisah kedua;

Pada minggu exam itu, hati macam tak sedap, dan terus telefon abah.
Sebelum tu, dah telefon dah. Abah demam. tak sihat, kena hujan. Kesian abah. Emak pula jauh di Sedim. Hujung minggu je mak balik Junjung. Tapi masa tu, telefon sekejap je. Saya ada urusan kot masa tu.

(Emak sekarang kerja dan tinggal di Sedim, Kedah. Abah pula ketika itu, masih bekerja di Bukit Mertajam dan menetap di Junjung, Kedah. Walaupun daerah sama, tapi jarak jauh jugak lah kalau nak berulang)

Selang sehari atau dua lepas tu, saya macam tak sedap hati, nak telefon lagi, lagipun, semalam berbual sekejap je kan. Masa hubungi sana, abah jawab, dan abah nak solat.

Abah cakap, "orang cacat nak solat ni"

Saya macam pelik, dan handphone kemudian diserahkan kepada emak.

Emak: Mirul bagitau ka pasal abah?

Saya: Mana ada apa-apa, saja lah telefon, semalam kan cakap sekejap je. Abah kenapa? demam dah okay ke?

Emak: Baru balik klinik ni. Abah rasa kebas-kebas sebelah badan. Kaki lah tak boleh jalan. tak rasa apa-apa.

Saya: (Diam.terus berderai air mata) Doktor cakap apa?

Emak: Tekanan darah naik tinggi sangat. 180/120.

Saya: Allahu T___T

Emak: Takdak apa-apa lah, sikit je tu. doktor dah bagi ubat cair darah (anticoagulant). Nanti okay lah tu insyaAllah.

Saya: .... Ok lah, Assalamualaikum wbt.

Saya pada ketika itu, memang kelu lidah. tak tahu nak cakap apa. Sebab air mata ni laju je jalan. Dalam hati, memang doa banyak-banyak kat Allah, untuk abah tersayang :')

Setiap hari, setiap pagi, saya telefon. Sampai masuk dalam mimpi, pasal abah dan keluarga. Punya lah teringat dan homesick kan.

Oh ya, pada ketika itu, saya pun demam jugak. Saya ni memang anak abah lah kan. hee

Dalam otak, masa tu, memang nak balik Malaysia je winter ni. tak pun, masa raya haji yang cuti seminggu tu. Hati memang tak tenteram. Kita duduk jauh kan. Rasa macam terkejut je tiba-tiba jadi macam tu. Tapi ditenangkan diri, sebab Allah ada, teman ada :)

2 hari lepas tu, sehari sebelum exam (hari rabu), call pagi-pagi, (kat Malaysia, tengahari dah), call abah, abah cakap, tengah daftar, nak masuk ward.

Huu, berambu lagi air mata masa tu. Yang teman abah masa tu, adalah abang sulung dan adik bongsu yg baru balik dari sekolah. Emak masih di Kedah. Abah di hospital KPJ, Bandar Perda,Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Petang tu, emak baru bergerak dari Kedah ke Penang. Dalam sejam jugak kot perjalanan. Emak tak teman pun malam tu, berulang ke Junjung-Bukit Mertajam.

Hati saya, masa tu, sayu sangat. Alhamdulillah, masih lagi dapat tahu priority untuk study masa tu. huu

Ke kelas, kadang-kadang, saya hipokrit gembira-gembira dengan kawan-kawan :D

Pernah sekali tu, masa cakap dengan abah,

Saya: Abah, akak rasa nak balik lah winter nanti

Abah: Tak payah lah, bukan teruk sangat pun. Simpan lah duit tu.

Saya: (Diam lagi. menangis) Hurm, takpelah. (nada merajuk sebenarnya. hee)

Kena selalu ingatkan diri, Allah yang akan jaga abah dan family. Kena yakin dan tawakkal. Sungguh-sungguh.

Abah masuk wad, 3 hari. hari keempat, sehari sebelum raya, abah dibenarkan pulang. Blood pressure abah pun dah banyak turun. Alhamdulillah, alhamdulillah, Alhamdulillah. Suara ceria, dan sakatan2 abah, dah kembali semula. Itu adalah hadiah dari Allah untuk saya. Nikmat yang tak terhitung. Terima kasih Allah! :')

Sejak mula Paediatrics hari Ahad lepas, saya tak call pun rumah. Bukan tak ambil tahu. Bila balik kelas, badan dah penat, terus tido kejap lepas asar. bangun pun, dah pukul 4 lebih, abah dengan mak mesti dah tido. Pagi-pagi nak telefon, kadang-kadang terlupa, kadang-kadang tak sempat sebab pukul 6 dah mula bersiap-siap ke kelas yang bermula jam 7.

Pagi tadi abah call, pukul 4.28am. Saya dah bangun, tapi saya tak perasan pun abah call. Saya tengah bersiap-siap nak subuh kot masa tu. Tapi memang niat nak call pun hari ni. Sebab hari Khamis, kelas mula pukul 830 am.

Abah: Haa, baru bangun tidoq ka?
Saya: Mana ada, baru lepas solat subuh.
Abah: Awat lama tak call?
Saya: T___T (bersalahnya)

dan blablablaa....

Selepas waktu kelas, saya terus call abah, sebab satu keluarga berkumpul di Junjung pada Khamis malam jumaat. Boleh cakap dengan semua orang sekali :)

Abah kata, abah nak beli basikal. nak exercise kaki tu. suruh abah jalan banyak-banyak, biar aliran darah jadi elok dan kaki jadi kuat semula.

Bila cakap dengan emak, abah. masing-masing cakap pasal partner masing-masing. Konon-konon kutuk, tapi sayang kan kan? :D
Hehe, comel sangat. Tau je laaa, dua-dua tak berpisah lettewwww~ ;p

Doakan abah saya semakin sembuh. Dan dapat jalani kehidupan dengan sebaiknya.
Sakit itu kifarah dosa dari Allah, dan di dalamnya terdapat 1001 hikmah. Dan saya dapat jumpa beberapa hikmah tersebut. Terima kasih Allah! ;)

## Sebak sikit masa tulis cerita ni
## Paediatrics sangat best! Doktor Paeds sangat-sangat ceria dan friendly!
## InsyaAllah, dah dapat rentak untuk round kedua ini. Kena sangat-sangat menghargai waktu, sebab kerja sangat banyak berbanding masa yang ada. Kan? :)
## Lepas raya haji yang lepas, ada buat sesuatu yg tiba-tiba. Doakan ye :)
## Saya kan, tiba-tiba takut nak ada anak, bila dah masuk round Paeds ni. Huu~
## Baru dapat berita, abah dah ditukarkan ke Sik, Kedah. Aih, pening dah saya. nanti nak duduk mana masa balik Malaysia? Sik, Sedim atau Junjung?


Semoga semua pembaca dapat ambil ibrah dari kisah ini.
Ujian yang Allah bagi kat kita, Allah tahu, kita mampu nak tanggung. Dan makin jadikan kita Muslim yang kuat!

Sekian,

06 November 2011

Eidul Adha

0 Respon
Hati bahagia apabila mendengar suara orang yang disayangi sudah ceria seperti biasa
Terima kasih Allah atas nikmat yang tidak terhitung ini!
:')


Salam Eidul Adha
Kaherah, Mesir



29 October 2011

Infaq

0 Respon
A: Jom infaq kat Somalia dan Palestin!

B: Kalau awak ada niatkan sebahagian harta awak untuk bagi hadiah pada saya, berikan bahagian saya itu pada Somalia dan Palestin.

A: insyaAllah ^^,. Oh ya, untuk mangsa banjir Thailand jugak.

" Sesungguhnya orang-orang yg bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia"

(Al-Hadid: 18)

" Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (Al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi"

(Fatir: 29)

Mari jadi orang seperti Abdul Rahman Bin Auf yang menginfaqkan seluruh hartanya untuk Islam. Tidak lokek walau sedikit.

Mari jadi seperti golongan Ansar yang sangat2 bermurah hati memberikan harta, isteri juga untuk golongan Muhajirin!

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.”

(H.R. Muslim)

Hebat kan Allah? Allah yang sangat2 Maha Pemurah kepada hamba-Nya!
Kita perlu tahu bahawa sebahagian dari harta kita, ada hak orang lain (yang lebih memerlukan). Maka, tunaikanlah hak mereka.

Sedekah atau infaq, tak semestinya pada harta sahaja,

“Setiap melakukan perkara yang baik itu adalah sedekah.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Senyum pun sudah dianggap sedekah. Paling kurang pun, senyum. tak susah pun kan? takde lah perlu banyak sangat tenaga yang diperlukan. hee~

Banyak sangat organisasi yang melancarkan tabung infaq. Salurkan sedekah anda walaupun sedikit. InsyaAllah ia sebagai salah satu pemberat mizan anda di sana kelak!


Hari ini hari sabtu ketiga, badan jadi tak sihat. Setiap hari sabtu, badan tak sihat. huu. Kifarah dosa dan Allah nak suruh berehat.



25 October 2011

Dosa dan Taat

0 Respon
Ibnul Qayyim (wafat 751 H) berkata :

“Berkata sebagian salaf : ‘Adakalanya seorang hamba berbuat dosa, namun masuk surga. Dan adakalanya seseorang mengerjakan ketaatan, namun masuk neraka’.

Bagaimana hal tersebut dapat terjadi ?

Hal ini karena orang yang berbuat dosa, maka seolah-olah dosa itu selalu di hadapan matanya. Ketika ia berdiri, duduk, maupun berjalan, ia selalu ingat akan dosa tersebut sehingga membuat hatinya luluh, bertaubat, memohon ampunan kepada Allah, dan menyesali perbuatannya. Hal inilah yang menjadi sebab keselamatannya.

Adapun orang yang berbuat kebaikan, seakan-akan kebaikan itu selalu tampak di hadapan matanya. Ketika ia berdiri, duduk, maupun berjalan, ia selalu ingat akan kebaikannya tersebut sehingga membuatnya takabur, ujub, dan merasa telah mendapatkan karunia. Hal itulah yang menjadi sebab kebinasaannya.

Dengan demikian, dosa dapat mendatangkan berbagai ketaatan dan kebaikan. Menimbulkan ibadah hati seperti perasaan takut terhadap azab Allah yang pedih, malu dan merasa hina di hadapan-Nya sambil menundukkan kepala, membuatnya menangis karena menyesali dosa yang pernah dilakukannya, serta mengharap ampunan dari Rabb-nya.

Pengaruh tersebut lebih bermanfaat bagi seorang hamba daripada ketaatan yang menjadikannya angkuh, sombong, menghinakan orang lain, dan melihat manusia dengan pandangan merendahkan.”

(Madarijus Salikin : 1/307, Ibnul Qayyim al-Jauziyah).



++ Semoga peroleh kebaikan dari perkongsian yg hanya dikopipes.

++ Tahniah dan terima kasih buat yg mengingati hari lahir saya semalam, 24 Oktober :)


09 October 2011

Erti Syukur

2 Respon
Wadi Rum,Jordan
Feb 2009

Erti Syukur


Syukur ialah terlihatnya tanda-tanda nikmat Allah pada lidah hambaNya dalam bentuk pujian, di hatinya dalam bentuk cinta kepadaNya, dan pada organ tubuh dalam bentuk taat dan tunduk

(Ibnu Al-Qayyim Rahimahullah)


Bentuk konkrit syukur adalah lidah tidak menyanjung selain dari Allah, dan di hatinya tiada kekasih selain dari Dia. Sekalipun seseorang mencintai orang lain, ia mencintainya kerana Allah. Lalu cinta ini dialihkan ke organ tubuh, kemudian seluruh organ tubuh mengerjakan apa sahaja yang diperintahkan kekasih (Allah) dan menjauhi apa sahaja yang Dia larang.

Itulah figur orang syukur SEJATI

Kisah Rasulullah SAW

Saidatina Aisyah Radhiayallahu anha merasa hairan dengan Qiyamullail Rasulullah SAW. Baginda melakukannya sehingga kedua kakinya bengkak. Dengan nada takjub dan penuh tanda tanya, Aisyah berkata,

Engkau masih berbuat seperti ini, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosa silammu dan dosa-dosamu pada masa mendatang


Rasulullah SAW bersabda,

Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur?
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW tidak memahami syukur sebatas pujian dengan lidah. Menurut baginda, syukur ialah upaya seluruh organ tubuh untuk mengerjakan apa sahaja yang diredhai pemberi nikmat (Allah)

Syarat-syarat Syukur

Ibnu Al-Qayyim berkata,

"Syukur seseorang terasa lengkap jika memenuhi 3 syarat dan ia dikatakan orang bersyukur jika melengkapi ketiga syarat itu. Ketiga syarat tersebut adalah:

1. Ia mengakui nikmat Allah pada dirinya
2. Ia menyanjung Allah atas nikmat itu
3. Ia menggunakan nikmat itu untuk mendapatkan keredhaanNya

Sudahkan kita memenuhi ketiga-tiga syarat di atas?
Adakah kita termasuk dalam golongan mereka yang bersyukur?
Jom muhasabah diri!

Sungguh, jika kalian bersyukur, Kami pasti menambah (nikmat kepada kalian

(Ibrahim: 8)
Sumber: Taujih Ruhiyah, Abdul Hamid Al-Bilali