09 October 2011

Erti Syukur

Wadi Rum,Jordan
Feb 2009

Erti Syukur


Syukur ialah terlihatnya tanda-tanda nikmat Allah pada lidah hambaNya dalam bentuk pujian, di hatinya dalam bentuk cinta kepadaNya, dan pada organ tubuh dalam bentuk taat dan tunduk

(Ibnu Al-Qayyim Rahimahullah)


Bentuk konkrit syukur adalah lidah tidak menyanjung selain dari Allah, dan di hatinya tiada kekasih selain dari Dia. Sekalipun seseorang mencintai orang lain, ia mencintainya kerana Allah. Lalu cinta ini dialihkan ke organ tubuh, kemudian seluruh organ tubuh mengerjakan apa sahaja yang diperintahkan kekasih (Allah) dan menjauhi apa sahaja yang Dia larang.

Itulah figur orang syukur SEJATI

Kisah Rasulullah SAW

Saidatina Aisyah Radhiayallahu anha merasa hairan dengan Qiyamullail Rasulullah SAW. Baginda melakukannya sehingga kedua kakinya bengkak. Dengan nada takjub dan penuh tanda tanya, Aisyah berkata,

Engkau masih berbuat seperti ini, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosa silammu dan dosa-dosamu pada masa mendatang


Rasulullah SAW bersabda,

Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur?
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW tidak memahami syukur sebatas pujian dengan lidah. Menurut baginda, syukur ialah upaya seluruh organ tubuh untuk mengerjakan apa sahaja yang diredhai pemberi nikmat (Allah)

Syarat-syarat Syukur

Ibnu Al-Qayyim berkata,

"Syukur seseorang terasa lengkap jika memenuhi 3 syarat dan ia dikatakan orang bersyukur jika melengkapi ketiga syarat itu. Ketiga syarat tersebut adalah:

1. Ia mengakui nikmat Allah pada dirinya
2. Ia menyanjung Allah atas nikmat itu
3. Ia menggunakan nikmat itu untuk mendapatkan keredhaanNya

Sudahkan kita memenuhi ketiga-tiga syarat di atas?
Adakah kita termasuk dalam golongan mereka yang bersyukur?
Jom muhasabah diri!

Sungguh, jika kalian bersyukur, Kami pasti menambah (nikmat kepada kalian

(Ibrahim: 8)
Sumber: Taujih Ruhiyah, Abdul Hamid Al-Bilali


2 Respon:

Anonymous said...

Apabila seseorg itu bersyukur dan mengucapkan "Alhamdulillah",kedua-dua malaikat pencatat amal tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya,lalu menghadap Allah. Firman Allah "Tulislah ucapan itu sebagaimana yg diucapkan oleh hamba-Ku sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalasnya"

Sedikit sekali yang bersyukur.
Ya Allah, golongkan kami dalam kalangan orang yang bersyukur.

Noor Asyila said...

Ameen ya Rabb!
Moga kita tergolong dalam mereka yg bersyukur,

Jzkk atas perkongsian! ;)