Saya jatuh cinta.
Ya, jatuh cinta dengan seorang wanita solehah yang saya sangat terinspirasi dengannya. Bagaimana dia sangat menyandarkan hidupnya hanya pada Allah. Bagaimana dia melalui liku-liku hidup yang sukar selama beberapa tahun.
Pertemuan singkat 2 bulan yang lepas, pada pagi itu selepas bangun dari tidur, dan bersarapan pagi, kemudian mula berjaulah bersama-sama. Pernah dengar nama sebelum ke tempatnya. Apabila bertemu secara realiti, hanya dengan beberapa minit, sudah jatuh hati. Jatuh hati pada akhlaknya. Sungguh, tak tipu. Cinta pandang pertama bak kata orang. :P
Seronok berkongsi cerita. Tenung dia dari jauh serta pada ketika diri hendak memulakan perbualan dengannya, air mata saya bergenang.
"Dia sangat tabah"
Dan ada yang berkata begini apabila saya bercerita kepada orang,
"Orang yang sabar, Allah akan menampakkan 'cahaya' di wajah mereka. Tenang di mata manusia lain, dan Allah redha akan mereka"
Sangat setuju. Setelah apa yang dia lalui fasa 'sukar' dalam hidupnya, dia berhak untuk mendapat kesenangan di Syurga nanti insyaAllah.
Kak, Allah akan berikan balasan tanpa batas bagi mereka yang sabar. Dan juga Allah permudahkan segala-galanya :')
Kak, jazakillah khair. Sayang akak kerana Allah.
p/s: Hepinyeee hari ini sebab dapat dating lama-lama dengan dia. Moga Allah pertemukan kami semula di dunia dan Syurga insyaAllah.

0 Respon:
Post a Comment