03 November 2010

Dia adalah manusia biasa

Kalau orang tu 'cool' je,
Bukan bermakna dia takde perasaan
Dia ada perasaan,
Sebab dia juga seorang manusia..

Kalau orang tu baik,
Banyak bersabar dengan kita,
Jangan ambil kesempatan atas kebaikan dia,
Kita buat dia macam orang yang sentiasa faham kita,
Takkan marah kita

Tapi kita lupa,
Sabar itu ada batasnya,
Daripada orang yang tak pernah marah,
Tiba-tiba jadi pemarah.

Sebab dia juga seorang manusia biasa..

Selama ini,
Kita diberikan seluruh kepercayaan
Tapi kita tidak menghargainya
Sampai satu masa
Orang itu merasai bahawa kita mengkhianati dia
Ketika itu baru tersentak
Selama ini kita berhati 'batu'
Baru sekarang kelam kabut nak 'pikat' semula

Jangan lupa,
Jangan ambil kesempatan,
Yang dia juga adalah manusia biasa

Manusia biasa, punya pelbagai perasaan
Gembira, sedih
Suka, duka
Cinta,

Sudah terhantuk terngadah pula
[eh,ada kaitan ke?]

Mintak maaf atas segala hak-hak yang tidak tertunai.
Mintak maaf atas segala salah silap yang sengaja atau tidak
Kena yakin bahawa Allah lah yang memegang hati-hati manusia ini
Redha dan bersangka baik dengan apa yang telah ditetapkan Allah pada kita, hambanya :)

p/s: suke tgok status gtalk seorang kakak ni, 'BIG girls don't CRY'. Yeah! :D

All the best untuk sahabat-sahabat tahun 4 yang akan menghadapi End Round Exam 7hb dan 11hb November nanti!

Semoga Allah sentiasa memberikan ilham kita sebelum, semasa dan selepas peperiksaan
Rabbuna Yusahhilna, Ameen :)

4 Respon:

Mardhihah Mat Ishak said...

ske entry ni!!! :)

Noor Asyila said...

eh, diha suke?
cepatnye bace n komen.hihik~
TQ diha :)

princess said...

nak ckp 1 pekataan je..

gedik!

(syilaa sorry kalau kte kejam..hehe..)

shayang kamu la..hehe..

Noor Asyila said...

woit, woit.
ape yg gediknye.

ish~~~~
*merajuk*

ko mmg kejam sbb tk menyebelahi kt smlm. cess~