15 November 2010

Amat sedikit

Apabila makhluk dihimpunkan (pada hari kiamat) seorang tukang seru pun menyerukan : Dimanakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan?" Rasulullah S.A.W pun bersabda lagi : Maka bangunlah sekumpulan manusia dan bilangan mereka AMAT SEDIKIT. mereka pun segera bergerak menuju SYURGA, pada malaikat lantas menemui mereka dan berkata: " Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Di masa yang lampau (di dunia), apabila kami dizalimi, kami berSABAR, apabila diperlakukan kejahatan kepada kami, kami bersifat LEMAH LEMBUT." Lantas dikatakan kepada mereka: " Masuklah kamu ke dalam SYURGA, maka nikmatilah ganjaran bagi mereka yang beramal"

- Riwayat Al-Baihaqi (dalam "Shuab al-Iman)

Indahnya kalau semua orang dalam dunia ini mengamalkan ajaran ISLAM dengan sebenar-benarnya,

Indahnya kalau semua orang ada sifat SABAR dan LEMAH LEMBUT

Tapi realitinya berlainan,
Baru diuji sedikit, sudah tidak sabar.
Baru ditegur sedikit, sudah melenting.

Susah sedikit, lemah dan futur
Mana kekuatan iman dan jiwa kita ye?

Mungkin ini adalah kerana sikap kita yang masih ada rasa cinta pada dunia itu, melebihi rasa cinta pada Akhirat.

Buat sesuatu dengan CINTA.
Ya, Cinta kepadaNya,
semua kerja jadi mudah, sebab niat kita betul.

Nah, ini post pasal CINTA dari Madam kita :D

Kerana sifat SABAR dan LEMAH LEMBUT lah, hati yang keras dapat dilembutkan :)

Oh, sangat takut bila hadith di atas, menekan, orang yang punya keistimewaan SABAR itu AMAT SEDIKIT! Agak-agak kan, kita ni termasuk tak dalam hamba Allah yang istimewa tu?
Hurm,

Jejom sama-sama koreksi diri kita
sebelum tidur, WAJIB memaafkan dan meminta maaf kesalahan diri dan orang lain.

Wallahua'lam

* Semoga hari baru ini lebih baik dari semalam
* Hari ini 9 Zulhijjah! Hari Arafah. Jejom rebut pahala banyak-banyak!
* Orang Mesir raya dulu dari orang Malaysia kan? Hee~

1 Respon:

GigiWangi said...

bestnya entry ni. menarik sangat. :)

btw, selamat hari raya