21 August 2010

Bawa diri

Saya teringat, hari terakhir saya ke hospital adalah hari selasa lepas. Sepatutnya Jumaat adalah hari terakhir, tapi atas sebab-sebab tertentu, saya tak pergi dah :D

Masa selasa lepas, saya cuba untuk manfaatkan sehari ini di hospital, supaya tak bosan.

Seperti biasa, letak beg di bilik kakitangan Wad 9. Bawak buku log O&G, buku nota, pen dan diletakkan dalam poket white coat saya. Di wad tu, tiada seorang doktor pun, makanya, saya terus ke katil seorang patient ni, baca fail dia. Tengok, round mereka pada hari itu adalah pukul 7.40am. Oh, saya terlepas.

Takpelah, kemudian saya ke Bilik Bersalin. Penuh pulak doktor di situ. Dari specialist, MO, HO semua ada. Masa nak masuk, terserempak dengan Dr.Juliana dan Dr.Yusainov. Ada juga Dr.Sharmini. Masa tu, tunduk setunduknya muka, supaya Dr.Sharmini tak perasan dengan kehadiran saya. Hee, sangat takut dengan Dr.Sharmini. Dia garang!

Bosan juga, tiada delivery masa tu, adeh, apa saya nak buat ni. Sekali, Dr.Ghan dan Dr.Victor panggil saya. Mereka adalah HO.

"Eh, u student kan, come here!"

saya pun masuklah, mengikut arahan.

Dia mengajar saya tentang ARM [Artificial Rupture of Membrane]. Proses yang diorang nak buat nanti. Dr.Victor tanya beberapa soalan. dapat belajar sesuatu masa pagi tu. Alhamdulillah.

Kemudian, ke dewan bedah yang bertentangan dengan Bilik Bersalin tu, masuk-masuk, kena jerit dan halau dengan staff nurse di situ. sebab tak pakai baju khas semasa di OT. Padan muka saya jugak, diarahkan keluar, kena masuk ikut pintu lain. bila nak tekan loceng bilik salin baju tu, tak boleh pulak, lama jugak tunggu, dalam 15 minit. Akhirnya, saya give up. Masuk balik bilik kakitangan wad 9, bukak white coat, ambil buku protokol O&G dan "Di Mana DIA Di hatiku". Bawa diri ke taman refleksologi di depan hospital tu. Perasaan macam tak best macam tu. serabut. takde mood masa tu. Maaflah, saya ponteng. Duduk di situ sejak pukul 9 sampai 10.30 pagi. Lama duduk situ, baca buku, termenung, belek-belek hp. Macam-macam gelagat orang saya tengok masa tu. Semuanya dilihat tanpa perasaan. Parah betul kecil hati ni. T__T

Bila dah tenang sikit tu, saya masuk wad 4, Gynaecology ward. Tertarik dengan wanita bertudung labuh, yang bawa seorang baby yang berusia 14 hari. Tanya kakak tu kenapa masuk balik, dia kata, ada doktor pakar buat ultrasound kat hospital swasta, ada lagi placenta yang tertinggal dalam perut. Tu yang masuk semula. Sembang2 sikit pasal sakit, kemudian dia banyak bertanyakan pasal diri. :D

Pukul 11.20 pagi, masuk wad 9 balik, bukak white coat, then siap2 untuk balik. Hee, seperti biasa, pergi ke Carefour di sebelah hospital tu. Kalaulah saya kerja di situ, tiap2 hari kot pergi sana. haha. Sampai sana, dapat hadiah dari abah :D

Terima kasih abah, bagi hadiah masa tengah-tengah badmood tu, tersenyum semula :)

p/s: Dah masuk fasa kedua bulan ramadhan, Cepat je masa berlalu.Huhu.
p/s: nanti dah jadi doktor, kena pandai kawal perasaan, jangan layan emosi sangat. Kalau tak, asyik bawa diri lah ke taman di hospital tu. Kebal bila kena marah. huu~

5 Respon:

term said...

hari tuh term pun kena halau ngan specialist masa nak join round ward.. depan nurse ngan pantient plak tuh.. mimpi ngeri betul.. tapi, lepas dengar org cter, memang doc tuh jenis garang sikit ngan HO2 dia..

[MH] said...

cumel budak kecik ni bawa diri.

tp hati besar kan?? :D

dpt hadiah apa dr abah? :D lagi

Noor Asyila said...

term:

haha, masa hari ketiga lagi, dah kena marah dgn specialist tu. tp budak dek je la sbb berdua, klw sorg2, mau nanges depan die.xpelah, mentang2 kite student, tkpe2. tggu lah nti :D

*sabar*


Fathiyyah:
hee, cumel ke?
nak tau ke hadiah ape? tggu kat mesir nti :D

Amanina ST said...

uik term, kene halau, sadis gile.

byk2 sabar bulan ramadhan.
bulan lain pon.
hoho

Noor Asyila said...

em:

haha, itula, bulan lain kita kena sabar jgk. bulan pose lagi la Allah nak suruh kita berganda2 sabar :)