16 May 2009

La Tahzan

Semalam dia masih berdukacita. kerana apa? dia sendiri kurang mengerti perasaan yang dihadapinya sekarang. terlalu banyak perkara yang berserabut dalam otak dia. sepatutnya dia perlu tumpukan pada yang utama kerana hari 'itu' akan tiba tidak lama lagi.boleh lagi dia mengusutkan mindanya dek kerana hal sebegitu. bukan dia yang minta supaya lakukan sedemikian, tetapi syaitan seringkali membisikkan kata-kata supaya 'mengelamun' dan jauh dari tujuan asal kehidupan. tidak lama lepas itu, lamunan terhenti. cepat-cepat mencari 'kekuatan' dariNya. Istighfar.

' Ya Allah, ampunkan hambaMu yang sering lalai dan leka ini. thabatkan aku dengan jalanMu yang benar.'

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” [ar-Ra'd: 28]

Orang lain tidak nampak dia menangis. diri dia sendiri pun tidak nampak air jernih itu mengalir di pipinya.cuma kadang-kadang sahaja.itu pun bila dia keseorangan. tapi, dia selalu menangis, merintih dalam hati. menangis kerana terkenangkan kisah silam yang 'gelap'. gelap kerana banyak perkara lagho yang dilakukan. banyak melalaikan dan melekakan insan lain. maafkan dia. Iman yang sentiasa turun naik. hmm.... :(

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.” [ Ali Imran:139]


Terima kasih teman.terima kasih sahabat. berulang-ulang kali dia mengucapkan rasa syukur kerana punya mereka. membantu dia kembali kepada fitrah asal. Alhamdulillah. sedikit demi sedikit perubahan yang dilakukannya.walaupun masih punya salahnya, tetapi dia masih berusaha kuat untuk bermujahadah melawan godaan nafsu itu. salah diakah? itu urusan dia dan Al-Khaliq.

Dia sedar dia pernah tersasar jauh dari landasanNya.pernah membenci orang yang lakukan itu dan ini.tetapi kini, dia diuji pula. sedar sahaja apa yang dilakukan itu salah. tetapi 'kipasan-kipasan' syaitan itu lebih hebat penangannya. Istighfar lagi. Astaghfirullah. Ampuni hambaMu ini wahai Tuhan Yang Maha Pengampun. sekarang dia berada dalam situasi orang yang pernah dibencinya dahulu dek kerana perilaku itu. sukar. payah. susah. beratnya ujian yang ditimpakan oleh Tuhan. dia tidak akan mungkir janji. InsyaAllah. sekarang dia hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan segala urusan. mencari jalan yang 'halal'. terima kasih kepada yang membantu.

'Wahai Tuhan yang berkuasa membolak balikkan hati hambaMu ini, kurniakanlah ketenangan kepada diriku' rintih dia dalam setiap sujud terakhirnya.dalam tahajjudnya.

Semoga hari-hari mendatang dia lebih kuat, tenang dan berada dalam lembayung rahmatNya. Amin..

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” [al-Ankabut:2]


++ sahabat-sahabat yang membaca kisah ini, doakan dia ye. jzkk.. :)
++ SELAMAT HARI GURU BUAT WARGA PENDIDIK DI SKCL 2, SMKASAS & KISAS. jasamu dikenang sentiasa.

0806
16 May 2009

0 Respon: