29 May 2010

Y__Y

6 Respon
Perbualan berlaku pada suatu malam, selepas solat maghrib.

X: Eh Syila, kenapa mata sembam?
Saya: Err.. Err.. menangis kot [bukan sebab stay up ye]
X: Huhu, kite pun nak nangis jugak
Saya: Haa.. meh, meh..nangis dengan kita. tido kat bilik ni malam ni.
X: Tapi, tak boleh menangis..

Terus si X keluar dari bilik saya.
X, saya memang nak ajak kamu tidur bilik saya semalam. Tapi segan nak ajak direct, ajak masa tengah-tengah sembang semalam.bosan lah tidur sorang-sorang.

Huhu.. Allah tengah uji benda yang paling dekat dengan saya. iaitu hati.
Sama ada nak terus lemah, dihanyut dengan masalah itu ataupun jadi kuat?
Oh, mestilah saya nak jadi kuat!
Allah kan suka Mukmin yang kuat
tapi sukarnyaa.. saya perlukan dan sentiasa perlukan pertolongan Allah untuk jadi kuat.
Saya cuba cari medium untuk jadi kuat.
Doakan saya ye?

* Syila kena yakin semuanya selamat. Ingat Allah je, takyah ingat benda tu.*

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"

Al-'Ankabut: 2

dan ke sekian kalinya, saya tenang, InsyaAllah..

" Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan bermaksud hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

An-Nisa': 100

Semalam sembang dengan Kak Nad @Atikah Nadeeya. Dia cakap

" haa, awak fikir la selalu, lagi fikir, lagi jadi. ayokk"
terus cuak..ok, ok, saya tak fikir dah

hari ini dah ok sikit. moga berkekalan..

semalam Kak Nad share cerita best. pasal " Atikah dan suami-suaminya yang mati terbunuh"
nak tahu?

*saya malas nak edit.baca je lah ye*

Atikah: huhu
kite tgh bace
buku
cerita2 inspirasi utk kecermelangan diri wanita
7:48 PM penyair yang cantik cerdas dan merupakan isteri kepada abdullahbin abu bakar as-siddiq
name die
ATIKAH
heeee
bersemngat terus!
:)
best lah buku ni
kite pinjam kat IRC kemarin
hee
me: wah2
atikah~
cerdas
7:49 PM cantik
huhu
ade tak nama asyila?
haha
mustahil sungguh
Atikah: huhu
tapi atikah ni
cam jahat je
die ade suara sedap
selalu syair kat abdullah
hingga
abdullah tu lalai
tak gi kerje
7:50 PM selalu berdua2 an je
huhu
me: pastu ada org tego kan?
Atikah: abu bakar as-siddiq la tegur
kate kat anak die
7:51 PM hai,,,abdullah
apakah kau akan menjamak semua solat2 mu
and at 1 stage
abdullah tu ceraikan atikah
huhu
bile cerai
abdullah tu
cm sedih
tak lalu makan
kurus
pucat
7:52 PM abu bakar as-siddq kate gi kawen balik
so abdullah pon kawen..n hadiahkan sebidang kebun
dengan syaarat
takleh kain sesape selain die
till 1 day
Abdullah tu meninggal
atikah duk sorg2
7:53 PM lamaran die tolak
sebab die still rase terikat ngan janji abdullah
so Abu bakar kate
pulangkan kebun tu dan boleh lah
kawen lain sebab dah tade terikat ngan janji2
huhu
tak habis bace
7:54 PM _tajuk cerita tu _
suami-suami Atikah yang mati terbunuh
:(
haha
cam sedih pulak name kite
me: haha.jgn la sedih

7:55 PM Atikah kendian kawen ngan Umar Al-Khattab
till Umar tu meninggal
:)
waaaa~~~
me: wah,hebatnya suami diaa
beruntung kan, dpt kawen dgn org yg hebat
Atikah: pastu next husband
zubair bin awwam
7:56 PM pastu
zubair meninggal
7:57 PM ade lah cerite die
huhu
pastu Ali bin Abi talib pinang Atikah pulak
pastu Atikah
anta surat kate kat Ali
7:58 PM "bukannya aku tidak menghormati sepupu Rasulullah SAW, tetapi aku khuatir dirimu kelak akan menjadi korban pembunuhan pula. Semua suamiku sebelum ini selalu mati terbunuh.Dan aku tidak ingin yang demikian menimpa dirimu"
pastu ali reply
7:59 PM "Barangsiapa yang ingin mati syahid dengan cepat kahwinila Atikah"
huuuu
pastu Atikah terima lamaran Husain Bin Ali bin Abbi talib
sebab dorg percaya ucapan Ali bin Abi talib
8:00 PM bhwa sapa saja yang ingin mati syahid supaya menikah ngan Atikah
suami terakhir Atikah adalah Husian bin Ali bin Abi Talib
8:01 PM kerana setelah kematiannya, Atikah menolah lamaran dari marwan dengn berkata
"Aku tidak ingin lagi mempunyai mertua setelah Rasullullah.Itulah hidup Atikah."
seorg penyair yang cantik,cerdas yang banyak diingini lelaki
8:02 PM Semua yang pernah menjadi suaminya selalu mati sebagai syuhada,meskipun mereka belum lama menjdi suami isteri
Akhirnya Atikah meninggal pada tahu 40 hijrah
the end
:)


orang yang bernama Atikah, hebat :)
ok, hari ni nak g lari rumah orang kot. hehe, dah janji pun.
ttfn~

doakan saya jadi rajin-rajin eh!
seminggu lagi nak exam! ~~


27 May 2010

Tekad

2 Respon
Kami bertawakkal dengan apa yang kami tekadkan
Allah bantu kami..
Kami manusia biasa yang selalu lalai dan leka dengan segala macam nikmat dunia
juga mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan

Moga kami sentiasa berada dalam keredhaan-Mu.
Amin..

"Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan"
Al-Fatihah- 5

++ saya mahu jadi Lu'lu' wal Marjan jugaa..bawa saya sekali ye? :D
++ huhu, jiwa kacau ke?
++ korang, Pulau Krabi bahaya tak? T__T

21 Mei 2010
--> terima kasih kawan-kawan atas jasa kalian setahun yang lepas.
*mesti huda mengamuk kalau tulis pasal bendalah ni :P*

25 May 2010

MALAS & Rindu kot~

2 Respon
Assalamualaikum wbt..

Lama tak jenguk blog ni. Maaflah biarkan ia bersawang. Malas kot~

Selalunya musim peperiksaan adalah musim 'mengecat' blog ni. tapi kali ni saya malas~ tengok tu, MALAS lagi. :P

saya tak rajin macam MAKCIK ni untuk cat-cat blog saya.
nak edit link dekat blog pun MALAS.

Saya rindu dekat Amin dan adik Ina saya! sangat-sangat~

Mereka lah teman bergaduh, teman jalan-jalan, teman tidur sekali, teman saya makan malam-malam, teman 'burung hantu' kat bilik saya.

Balik ni abang Mirul saya dah janji nak buat pillow talk dengan saya :D

Balik ni abang Yat saya pun dah janji nak buat projek besar kami :P

Amin dah dekat dengan saya! hujung minggu boleh jenguk dia selalu~

Saya boleh teman mak dengan abah di office setiap malam selasa dan khamis! sementara tunggu Ina balik tuisyen.

Saya boleh teman mak tidur masa abah pergi outstation~

Rindu dekat Ina.
" Akak tak boleh online masa adik nak tidur. akak kena tutup lampu, tidur dengan adik!"

kalau saya tak buat apa yang dia mintak tu, dia akan tepuk badan dia sendiri. macam dodoi diri sendiri la. *mintak belas kasihan la tu*

Sayang dekat family saya!

ni entry 'sakit rumah' tau!

satu lagi, saya ada janji nak pergi UTP semasa cuti ni ^__^. ada siapa2 mau join?

lagi sebulan setengah lagi nak balik! tak sabar oke~

p/s: terima kasih dekat orang yang mimpi kite malam tadi, mimpi shopping baju labuh sama-sama. tak bersua lagi pun, sudah termimpi-mimpi. :P . tak sabar nak jumpa. sayang kamu! :D

++ sahabat-sahabat, all the best ye untuk final exam [written] yang stat 5 jun nanti! bertempur!!!

++ kesian kat abah yang 'dipaksa' oleh saya untuk buat sesuatu. tapi anak dia tak sedar pun :P. sayang abah dengan mak yg kena terima call saya tiap2 hari, sampai tak tau nak sembang apa dah.

10 May 2010

Permata [Untuk isteriku]

6 Respon
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Kopratasa

Bukan kerana saya teringin nak kahwin sangat-sangat.bukan kerana jiwa kacau, rasa nak kahwin tu datang.bukan,bukan! ini untuk seseorang, sangat bermakna. saya doakan segalanya dapat diselesaikan dengan baik. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama anda. Sayang anda! saya ingin belajar menjadi setabah anda. hmm, semuanya dari Allah..

++ esok ada Microbiology.Doakan kami semua! takut~
++ saya dah malas nak fikir pasal tiket balik Malaysia! tunggu dan tengok, apa yang akan jadi T__T

26 April 2010

FUTUR

1 Respon
FUTUR

kena kembali pada asal

ada orang cakap, asal tu, kita SUJUD kepadaNya
kita berasal dari tanah. kita sujud atas tanah, dengan sujud kepada ALLAh, hati insyaAllah jadi tenang.

ada yang cakap, kalau hati tak tenang, balik rumah, jumpa ibu ayah, sebab kita lahir dari perut ibu. Dakapan dan sentuhan ibu, InsyaAllah dapat menenangkan.

*yang ni, susah sikit nak buat.tunggu bulan 6 nanti!*

dalam keadaan futur itu, mesti ada satu benda baik yang kita dapat buat, maka niatlah dan buatlah apa yang kita mampu buat itu dengan sungguh-sungguh.Moga-moga, kita dapat juga manfaatnya. Ameen..

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”
Hadis riwayat Abu Daud

Ya Allah, jauhi kami dari penyakit al-WAHAN

--> nak jadi 'Ibadurrahman, [Al-Furqan: 63-77]

++ terima kasih semua
++ Final exam dah dekat.doakan kami yep!

16 April 2010

Impian saya

7 Respon
Noor Asyila mengimpikan:

menjadi hamba yang taat kepada tuannya [Tuhan,Allah]
anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya
kakak dan adik yang baik kepada adik beradiknya
sahabat yang sebenar-benar sahabat
zaujah yang mencintai zauj nya kerana Allah
pelajar yang betul-betul memberi komitmen tinggi kepada bidang yang diceburinya
seorang muslimah doktor yang merawat penyakit zahir dan batin
mendapat pangkat MUMTAZ pada tahun ni dan akan datang [tapi malas-malas lagi, cane?T__T]

jauhnya nak capai semua-semua ni.
diri tak cukup persediaan.
banyak lalai dan leka lagi.
akibat dari kerasnya hati dari menerima teguran
jadilah apa yang jadi sekarang ni!


Moga kami tergolong dalam golongan hambaMu yang dilindungi dan dirahmatiNya dalam segala tindak tanduk

Ampuni kami Ya Allah!
[baca tafsir surah Qaff. sedih, terfikir, kat manalah aku akan dicampakkan Allah nanti]

--> keluar, men'culik' cebisan semangat dari mereka.

12 April 2010

Rabitah

1 Respon
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

++ oke,saya tido dengan hati yang tenang semalam :)
++ Moga Allah memakbulkan cita-cita dan impian kamu. Saya juga akan turut berdoa :)

08 April 2010

Nota Cinta

0 Respon
Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


01 April 2010

Redha.Gembira.Sedih

4 Respon
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luah Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah." Al -Hadid: 22

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" Al-Hadid: 23

Redha dengan segala qada' dan qadar Allah. Semuanya telah tertulis, ditentukan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, maka jika sesuatu itu tidak dapat kita peroleh sekarang atau pun hilang dari kita, janganlah bersedih. Jika suatu kegembiraan itu muncul, janganlah pula terlalu gembira dan membongkakkan diri. Kita bukan sesiapa. Kalau dilihat dari angkasa yang tinggi nun di atas itu, kita ini seperti apa? Nampak tak jasad kita ini? Macam kena tengok guna electron microscope je. Sukar bukan?

Cuba kita koreksi diri, sejauh mana sikap redha kita, sikap berlapang dada kita terhadap Allah sebaik sahaja musibah atau ujian itu datang? Saya pastilah, jika ada musibah yang datang, mesti keluhan,rungutan yang keluar dahulu dari bibir. kemudian, jika tersedar, baru kita akan mula melapangkan dada dan redha itu datang. Tak cukup sabar tu, tak cukup redha tu kawan-kawan. Jom,jom, kita sama-sama ubah diri kita untuk jadi hamba yang bersyukur, hamba yang 'mengenang budi' Allah ye!

"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai Khalifah (pemimpin) di bumi? Adakah di samping Allah ada Tuhan lain? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat" An-Naml:62

--> kalau susah, terus ingat Allah ye kawan-kawan.

hehe, terima kasih pada sahabat saya yang menyampaikan ayat ini pada kertas tadi. Penuh bermakna dan rasa terketuk. Kadang-kadang kita cari orang yang paling rapat dahulu berbanding mencari Allah yang Esa itu. Tak tahu kenapa, tapi itu kebiasaan. Bila down, cari kawan kemudian baru cari Allah. Buat solat hajat, taubat, baca doa dan lain-lain. nasib baik cari jugak Allah tu kan?

Terima kasih Allah.Terima kasih semua :)
Yang menulis pun rasa kesusahan, mohon kekuatan dari Allah.

Salam sayang,
Asyila

31 March 2010

Dia

8 Respon
Ada rindu
Ada sayang
Ada resah dan gelisah jika tidak 'bertemu' walaupun sehari
Dia hadir tanpa kuduga
Tidak pernah bersua muka
Hanya menggunakan orang tengah
Kami punya 'cerita belakang'
Di sebalik 'cerita' itu, ikatan ini telah terjalin
Perancangan Allah itu sangat teliti

Rasa cinta itu wujud tanpa diundang
Mudah sungguh diri ini memendam rasa
Rupanya dia juga sepertiku
Syukur!

Terima kasih Allah
Terima kasih..
kerana hadirkan dia dalam diriku

Terima kasih kamu
Terima kasih banyak-banyak
kerana sudi menerima diri ini
menjadikan diri ini antara insan yang paling hampir dengan kamu
aku rasa sungguh bertuah
sungguh
bukan hanya manis di bibir
tetapi ia tulus ikhlas dari hati

saya sayang kamu kerana Allah
kita jadi insan yang saling ingat mengingati ye?

Buat Kak Atikah Adnan, terima kasih kerana menjadi 'dia' itu untuk saya. :)

28 March 2010

Cairo Sport's Day 2010

2 Respon

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,selesai sudah Cairo Sport's Day yang diadakan pada 26 Mac yang lepas. Lega dan puas hati tengok majlis sudah sampai ke penghujung setelah sebulan bertungkus lumus. Memang banyak kelemahan dan kecacatan program ni, tapi serba sedikit, dari pihak saya sendiri,banyak benda baru yang dipelajari. Terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada 'keluarga' CSD ni.

Terima kasih buat semua AJK pelaksana program.Kalian memang terbaik lah! buat kerja sungguh-sungguh, takde yang curi tulang pun. Senang kerja saya :P

Terima kasih buat Ketua Kontijen Ikhwah mahupun Akhawat bagi setiap universiti yang sanggup bekerja keras sepanjang Cairo Sport's Day berlangsung.Terima kasih buat peserta-peserta yang menyertai acara yang dipertandingkan. kalau takde kalian, tak jadi la CSD ni.

Buat Ex-Officio, Taqiuddin dan Sabihah dan juga ketua saya, iaitu Tuan Pengarah, Khaliq Isa yang sangat bersungguh-sungguh, dan tak kenal erti putus asa [rasanya, kalau buat gempak2 punya program, bole botak diorang ni].

ni ada gambar dari program tersebut


Muka puas hati selepas diumumkan juara keseluruhan! [err..saya sorang je tak pakai baju biru]

Tahniah semua!

++ "comel,comel, jangan nangis-nangis ye!" --> haha
++ Study,study and study.Exam dah dekat.cuak,cuak! :(


17 March 2010

Baby

2 Respon

Tahniah Kak Ani, Kak Liza [ini 2 orang sepupu saya yang berkahwin pada masa yang lebih kurang sama] atas kehadiran cahaya mata yang pertama!

Juga buat Kak Uda, atas kelahiran Arissa Balqis :D


Moga-moga, mereka ini adalah permata yang boleh kita gilap untuk mencapat matlamat dan impian kita pada masa hadapan, untuk Islam :)

Ada masa dan peluang, saya akan jenguk baby kalian apabila di Malaysia nanti. InsyaAllah, untuk Arissa Balqis yang berada di Gombak juga, saya akan lawat! :D

++ Jadual final year exam dah keluar T_T
++ Jom tengok Teaser Cairo Sport's Day di
SINI


Cairo Sport's Day

3 Respon

Penyertaan ditutup hari ini, 17 Mac 2010
Jom lah pergi Cairo Sport's Day!
Tak main pun, sokong je~ :D

[lambat plak promote, sebab rumah baru ada internet semalam :D]

26 February 2010

Ikan.Kucing.Hamster

7 Respon

Ikan?
.
.
.
.
.

Kucing?
.
.
.
.
.

Hamster?
.
.
.
.
.
.
.

++ semalam hujan lebat di Kaherah.Banjir juga.Rahmat sempena Maulidur Rasul :)
++ Salam Maulidur Rasul. Semoga kecintaan kita pada Kekasih Allah itu semakin meningkat dari sehari ke sehari

20 February 2010

Berakhir sudah

2 Respon
Assalamualaikum wbt..

Esok 21 Februari, makanya kuliah pun sudah bermula. yeay! [??]
Alhamdulillah, satu persatu selesai.

1. Berjalan-jalan di Bahriya
2. Winter Enlightenment Break '10 [daurah kitab Tasawwuf]
3. Seminar Perubatan kali ke-3
4. Pindah

Sungguh, memang penat apabila semuanya berlaku tanpa henti.jadual winter break saya penuh kali ini! Hamdallah.Hamdallah

Oh ya, saya ada jiran juga di rumah ini. maksud saya, jiran melayu. Cik Sakinah Rasat dan konco-konconya. bertuah dapat jiran seperti mereka ini ^_^. Rumah baru saya ini pun, mereka yang tolong basuhkan. Kesihatan yang terganggu selepas pulang dari Bahriya menghalang saya untuk turut serta membersihkan rumah. Terima kasih banyak-banyak. Sayang kalian! Semasa hari berpindah rumah itulah saya menjenguk rumah. Rumah dah setel semua kecuali satu dua perkara.

Setakat ini, saya dan Aisyah sahaja yang berada di rumah.Sunyi juga. Housemates yang lain belum pulang ke Mesir lagi. haih~

Harap-harapnya, berbekalkan azam dan semangat baru selepas menghadiri Seminar Perubatan itu, kita sama-sama bakal mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Ameen~

Tiada apa yang mahu dicoretkan lagi.Buntu.
Selamat memulakan kuliah sahabat-sahabat di Mesir! :)

p/s: oke,oke, saya sudah mula rindukan mereka.

MySpace