01 April 2010

Redha.Gembira.Sedih

4 Respon
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luah Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah." Al -Hadid: 22

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" Al-Hadid: 23

Redha dengan segala qada' dan qadar Allah. Semuanya telah tertulis, ditentukan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, maka jika sesuatu itu tidak dapat kita peroleh sekarang atau pun hilang dari kita, janganlah bersedih. Jika suatu kegembiraan itu muncul, janganlah pula terlalu gembira dan membongkakkan diri. Kita bukan sesiapa. Kalau dilihat dari angkasa yang tinggi nun di atas itu, kita ini seperti apa? Nampak tak jasad kita ini? Macam kena tengok guna electron microscope je. Sukar bukan?

Cuba kita koreksi diri, sejauh mana sikap redha kita, sikap berlapang dada kita terhadap Allah sebaik sahaja musibah atau ujian itu datang? Saya pastilah, jika ada musibah yang datang, mesti keluhan,rungutan yang keluar dahulu dari bibir. kemudian, jika tersedar, baru kita akan mula melapangkan dada dan redha itu datang. Tak cukup sabar tu, tak cukup redha tu kawan-kawan. Jom,jom, kita sama-sama ubah diri kita untuk jadi hamba yang bersyukur, hamba yang 'mengenang budi' Allah ye!

"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai Khalifah (pemimpin) di bumi? Adakah di samping Allah ada Tuhan lain? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat" An-Naml:62

--> kalau susah, terus ingat Allah ye kawan-kawan.

hehe, terima kasih pada sahabat saya yang menyampaikan ayat ini pada kertas tadi. Penuh bermakna dan rasa terketuk. Kadang-kadang kita cari orang yang paling rapat dahulu berbanding mencari Allah yang Esa itu. Tak tahu kenapa, tapi itu kebiasaan. Bila down, cari kawan kemudian baru cari Allah. Buat solat hajat, taubat, baca doa dan lain-lain. nasib baik cari jugak Allah tu kan?

Terima kasih Allah.Terima kasih semua :)
Yang menulis pun rasa kesusahan, mohon kekuatan dari Allah.

Salam sayang,
Asyila

31 March 2010

Dia

8 Respon
Ada rindu
Ada sayang
Ada resah dan gelisah jika tidak 'bertemu' walaupun sehari
Dia hadir tanpa kuduga
Tidak pernah bersua muka
Hanya menggunakan orang tengah
Kami punya 'cerita belakang'
Di sebalik 'cerita' itu, ikatan ini telah terjalin
Perancangan Allah itu sangat teliti

Rasa cinta itu wujud tanpa diundang
Mudah sungguh diri ini memendam rasa
Rupanya dia juga sepertiku
Syukur!

Terima kasih Allah
Terima kasih..
kerana hadirkan dia dalam diriku

Terima kasih kamu
Terima kasih banyak-banyak
kerana sudi menerima diri ini
menjadikan diri ini antara insan yang paling hampir dengan kamu
aku rasa sungguh bertuah
sungguh
bukan hanya manis di bibir
tetapi ia tulus ikhlas dari hati

saya sayang kamu kerana Allah
kita jadi insan yang saling ingat mengingati ye?

Buat Kak Atikah Adnan, terima kasih kerana menjadi 'dia' itu untuk saya. :)

28 March 2010

Cairo Sport's Day 2010

2 Respon

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,selesai sudah Cairo Sport's Day yang diadakan pada 26 Mac yang lepas. Lega dan puas hati tengok majlis sudah sampai ke penghujung setelah sebulan bertungkus lumus. Memang banyak kelemahan dan kecacatan program ni, tapi serba sedikit, dari pihak saya sendiri,banyak benda baru yang dipelajari. Terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada 'keluarga' CSD ni.

Terima kasih buat semua AJK pelaksana program.Kalian memang terbaik lah! buat kerja sungguh-sungguh, takde yang curi tulang pun. Senang kerja saya :P

Terima kasih buat Ketua Kontijen Ikhwah mahupun Akhawat bagi setiap universiti yang sanggup bekerja keras sepanjang Cairo Sport's Day berlangsung.Terima kasih buat peserta-peserta yang menyertai acara yang dipertandingkan. kalau takde kalian, tak jadi la CSD ni.

Buat Ex-Officio, Taqiuddin dan Sabihah dan juga ketua saya, iaitu Tuan Pengarah, Khaliq Isa yang sangat bersungguh-sungguh, dan tak kenal erti putus asa [rasanya, kalau buat gempak2 punya program, bole botak diorang ni].

ni ada gambar dari program tersebut


Muka puas hati selepas diumumkan juara keseluruhan! [err..saya sorang je tak pakai baju biru]

Tahniah semua!

++ "comel,comel, jangan nangis-nangis ye!" --> haha
++ Study,study and study.Exam dah dekat.cuak,cuak! :(


17 March 2010

Baby

2 Respon

Tahniah Kak Ani, Kak Liza [ini 2 orang sepupu saya yang berkahwin pada masa yang lebih kurang sama] atas kehadiran cahaya mata yang pertama!

Juga buat Kak Uda, atas kelahiran Arissa Balqis :D


Moga-moga, mereka ini adalah permata yang boleh kita gilap untuk mencapat matlamat dan impian kita pada masa hadapan, untuk Islam :)

Ada masa dan peluang, saya akan jenguk baby kalian apabila di Malaysia nanti. InsyaAllah, untuk Arissa Balqis yang berada di Gombak juga, saya akan lawat! :D

++ Jadual final year exam dah keluar T_T
++ Jom tengok Teaser Cairo Sport's Day di
SINI


Cairo Sport's Day

3 Respon

Penyertaan ditutup hari ini, 17 Mac 2010
Jom lah pergi Cairo Sport's Day!
Tak main pun, sokong je~ :D

[lambat plak promote, sebab rumah baru ada internet semalam :D]

26 February 2010

Ikan.Kucing.Hamster

7 Respon

Ikan?
.
.
.
.
.

Kucing?
.
.
.
.
.

Hamster?
.
.
.
.
.
.
.

++ semalam hujan lebat di Kaherah.Banjir juga.Rahmat sempena Maulidur Rasul :)
++ Salam Maulidur Rasul. Semoga kecintaan kita pada Kekasih Allah itu semakin meningkat dari sehari ke sehari

20 February 2010

Berakhir sudah

2 Respon
Assalamualaikum wbt..

Esok 21 Februari, makanya kuliah pun sudah bermula. yeay! [??]
Alhamdulillah, satu persatu selesai.

1. Berjalan-jalan di Bahriya
2. Winter Enlightenment Break '10 [daurah kitab Tasawwuf]
3. Seminar Perubatan kali ke-3
4. Pindah

Sungguh, memang penat apabila semuanya berlaku tanpa henti.jadual winter break saya penuh kali ini! Hamdallah.Hamdallah

Oh ya, saya ada jiran juga di rumah ini. maksud saya, jiran melayu. Cik Sakinah Rasat dan konco-konconya. bertuah dapat jiran seperti mereka ini ^_^. Rumah baru saya ini pun, mereka yang tolong basuhkan. Kesihatan yang terganggu selepas pulang dari Bahriya menghalang saya untuk turut serta membersihkan rumah. Terima kasih banyak-banyak. Sayang kalian! Semasa hari berpindah rumah itulah saya menjenguk rumah. Rumah dah setel semua kecuali satu dua perkara.

Setakat ini, saya dan Aisyah sahaja yang berada di rumah.Sunyi juga. Housemates yang lain belum pulang ke Mesir lagi. haih~

Harap-harapnya, berbekalkan azam dan semangat baru selepas menghadiri Seminar Perubatan itu, kita sama-sama bakal mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Ameen~

Tiada apa yang mahu dicoretkan lagi.Buntu.
Selamat memulakan kuliah sahabat-sahabat di Mesir! :)

p/s: oke,oke, saya sudah mula rindukan mereka.

MySpace

15 February 2010

Bahriya

4 Respon

Sunset

Jejak

Jalan yang tiada berpenghujung

Bahriya Explorer 2010

* gambar-gambar ni ihsan dari ketua musyrif trip kami, Mr Syafi. ni flickr dia. tQ bro!

terima kasih Allah
terima kasih sahabat-sahabat
terima kasih atas segalanya

ukhuwah dan kasih sayang tersulam
rindu mula menapak
bila lagi dapat bersua muka



* musibah yang berlaku, eratkan lagi kasih yang bersemi ini. Moga hikmah di sebalik apa yang berlaku, kita peroleh.

--> sob..sob.. sedih bila ingat apa yang bakal berlaku petang ini. :(

07 February 2010

Winter break

4 Respon
*melepaskan penat selepas Pathology paper*


terima kasih kerana sudi bertandang ke Mesir *rindu*

pertemuan yang tidak dirancang


err..macam buruk je makanan ni.tapi sedap sangat!!


*candid*

ex-SMKASAS-Jordan-Mesir
majlis akad nikah Abang Isra' dan Naimah Zakaria

aktiviti semasa musim peperiksaan dan semasa winter break. terima kasih kepada rombongan dari Jordan yang bertrip-trip tu. sangat seronok dapat jumpa kamu semua!

Mabrouk Kak Naimah [senior SMKASAS] dan Abang Isra'! semoga bahagia hingga ke SYURGA! doakan kami juga~ :D

Esok, 8 Feb sehingga 10 Feb 2010, saya dan rakan-rakan akan ke Bahriya. camping di padang pasir! sangat adventure [org kata].

winter break yang sangat padat jadualnya.Moga dapat manfaat dari semuanya. ^_^

* Niat nak tolong orang, tapi kita pula yang kena marah. salah cara mungkin. ok,lepas ni tak masuk campur dah! serius!

* sori la chep, lambat plak update.tkde idea la..huhuk. chep,dating @Bahriya!

30 January 2010

Wahai gadis yang bercahaya

3 Respon


Wahai gadis yang bercahaya
jgn biarkn hatimu direndam duka
sedang dunia dan isinya dipenuhi hilai ketawa
kenapa pula anda masih memalingkan muka

Wahai gadis yang wajahnya bercahaya
adakah hatimu masih ada ruang
untuk segala pujuk rayu ini berjuang
memenangi kembali perasaanmu yg telah hilang?

Wahai gadis yang wajahnya bercahaya
kumohon maaf andai kata ku hambar
jika hatimu belum terubat dan juga pedihnya belum pudar
tapi sudilah berbicara dgnku walau sepatah sekadar...

hahak,hihik,huhuk..
gelak-gelak je baca 'puisi' ni.belek-belek tadi,jumpa :P

++ yeay! tinggal Microbiology je lagi! menghitung hari untuk bersama-sama mereka~ :)

28 January 2010

Pesan Emak

6 Respon

Telefon bimbit dimatikan sebab bateri sangat low dan dah bising-bising suruh charge. dalam sejam juga lah. dalam 3.55 am, saya on kan semula telefon bimbit sebab rasa macam ada mesej masuk.ceh, instinct kuat. betul, ada mesej masuk. dari emak saya

" Kerjaya doktor bukannya mudah kerana banyak cabaran. Family bangga bila ada anak yang memilih profesion ini. Jangan cepat putus asa. Kami di sini sentiasa mendoakan akak tabah adapi cabaran di sana. Amin "

oh, oh.. sangat terharu membaca sms dari emak ni.

tiba-tiba teringat perihal pada hari sebelum itu. saya telefon emak, minta restu untuk exam pada keesokan harinya. mengadu juga susah, payah, penat ambil Medik ni. mesti mak susah hati kan. bersalah pula.

apa-apa pun, memang emak dengan abah lah yang selalu bagi nasihat semua. Terima kasih banyak-banyak!

Pagi tu jawab exam dengan semangat yang tinggi! wah,wah! :P

++ Ina akhirnya mengaku yang dia merindui kakak dia ni
++ Yeay! Atiqah, Arina, Akmal Asyiqien nak datang Mesir!
++ Rasa macam nak balik Malaysia winter ni.hmm..hmm..
++ Saya sedang belajar menerima dan belajar jadi matang. Tempoh masih lama mungkin [hopefully sempat] :)

19 January 2010

sabar

9 Respon
*sigh*

lama fikir, siang malam

aku ni tak cukup bagus agaknya
itu yang Allah uji macam ni
suruh perbaiki diri kan,kan?

sabar
jangan cepat marah
banyak hikmah tersembunyi yang hanya Dia sahaja yang tahu

Ya Allah, berikan kekuatan pada diriku!

"Dan mohonlah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan solat. Dan [salat] itu sungguh berat kecuali orang yang khusyuk" Al-Baqarah: 45




18 January 2010

kahwin, kahwin ^_^

16 Respon
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him


++ Tahniah buat sesiapa yang bakal berkahwin semasa winter break ni, juga summer depan, yang telah selamat melangsungkan serta akan akan datang :P

++ Permudahkan urusan kami :)

++ Study rajin-rajin untuk exam nanti, jangan fikir nak kahwin je ye [tau je ramai yang angau lepas tgok KCB 2. haha]

10 January 2010

Balasan untuk post: Exam=stress? No more!

10 Respon


Haha.. [mulakan post dengan gelak!]

pagi-pagi,baca entry Cik Princess [kantoi lambat baca post dia], memang gelak-gelak.hehe :P

ok,sini kite nak balas post kamu ni ye

Bukan nak promote pil kurus ke apa ni.Sebab rasanya tak perlu kot pil-pil ni.

Daripada sejam sebelum subuh sampai lebih kurang 4 jam lepas subuh

Waktu ini,semua orang tidur, kalau bangun waktu ni,memang sangat senyap. So,macam-macam bunyi akan kita dengar. Dengar orang lari-lari atas rumah kita la. Sungguh ni! Satu fakta, rumah saya adalah yang paling atas, kiranya atas ni adalah bumbung [sutuh]. Err.. siapa ye yang lari-lari? huhu

Dengar orang berjalan, bunyi alarm handphone, bunyi kenderaan di jalanan, suara pakcik-pakcik arab yang pagi-pagi sudah keluar mencari rezeki. Kadang-kadang pakcik zibalah [tukang kutip sampah] bunyikan loceng rumah sebelum subuh, mintak sampah kat kita. kalau dalam pukul 1-2 pagi, ada derapan kaki anak tuan rumah yang baru pulang. Pulang dari bekerja mungkin.

Kalau waktu azan, anjing juga akan turut menyalak-nyalak. Tapi, jika di Imarah 9, pagi-pagi ada bunyi ayam berkokok tau! macam di kampung pula. best! Di sini, masjid dekat-dekat, kalau waktu solat dah masuk, banyak azan dari masjid-masjid berd
ekatan

Jogging dan tak tido lepas subuh unless keadaan x mengizinkan.. Best jogging pagi2. Salu orang laen start jogging kol 7 kn. Kite g awal sket xde org dan leh jakun kuar asap cam orang merokok..haha.. Sedut asap kenderaan pastu kuarkan asap anda di mulut.. (^_^)

Cik Huda, kalau rajin, ajak la kite jalan-jalan tepi Sungai Nil lagi ye. Pagi-pagi yang mendamaikan! Berjalan sampai ke jambatan menghala ke Dokki,Mohandisin. Oh, saya tak jogging pun, cuma berjalan-jalan. Layan perasaan sendiri, hilangkan stress, emosi yang tidak stabil

tengok movie2 lawak or tengok movie2 sedih tapi nangis bukan sebab movie..hihi.. (teringat fustat..hahahahha..sape ntah nangis 16 kali tengok MV yang same. Orang laen cool jer..ngahaha..)

Yang ni, oppss.. siapa ye? haha,yang penting bukan saya la. :P



Ade lagi die pegi lepak2 umah orang laen sambil wat projek resepi hari ini (syilaaa bile nak kek orange nii..)

itu projek nak buat birthday cake untuk Cik Radin la, maaf lah Radin, kite tipu kamu, kata pergi Smart Circle di rumah huda, berpakat dengan budak-budak rumah sendiri dan rumah Huda. Yang ke kedai itu pun saya tipu, padahal kite pergi sambung buat kek. Lepas tu balik rumah, tak masuk bilik, duduk bilik Fathiyyah, menyorok bawah sweater siapa entah bila Cik Radin masuk bilik. [kite tahan nafas ok masa tu. Muka merah padam lepas radin keluar bilik,punya lah lama melepak dalam bilik.haih~]

p/s: kek oren nanti la ye, tunggu rajin.ke Fathy nak buat? ritu dia kata 'ya!'. hehe :P

Jadi mari pegi umah orang dan merayu die masak makanan yang kite teringin makan. e.g:Syila punye pajeri sangaaaaaaaaaaaat la sedap. Beli nenas. Beli kelapa. tolong syila wat kerisik. Pastu wat muke comel syilaaaa nak pajeri.. :D

Huda, adakah ini contoh? bukan betul ke kamu pernah minta suruh buat semasa final exam tahun lepas? haha,itu zaman otak tengah tak betul masa final exam [written]. Nanti pujuk lah sampai kita rajin nak buat lagi ye :P

Tapi satu care yang sangat berkesan dan xpenah x berkesan is mengingati Allah. Ade orang penah pesan kat kite, dengan mengingati Allah tu kan hati akan jadi tenang.. Lagi orang pesan, Dun say Allah, we have BIG problems.. Say Problem we have GREAT Allah! :D

setuju! kalau hati tak tenang,mengadu pada Allah dulu~ bukak Al-Quran, tadabbur, ambil masa muhasabah diri sendiri.

Ujian semasa musim peperiksaan sangat berat. betul, tak tipu. tengok orang sekeliling dan diri sendiri. Walaupun pada zahirnya nampak ok, tetapi dalamannya? Kenapa Dia beri ujian itu? Sebabnya, Allah sayang kita! Usah putus asa dengan rahmatNya ye! :)

Saya sayang semua! All the best for this becoming mid year exam!
Do pray for us!
Mintak maaf kat sesiapa yang saya ada buat salah. :(


05 January 2010

Memori

0 Respon
Ni gambar saya dengan Muji yang ada program di Mesir.tak dapat tangkap gambar bersama budak-budak KISAS yang lain sebab ada kelas tajwid selepas maghrib.

Terima kasih Muji@Hanis Kamis sebab sudi bertandang ke ruma kami
Dia sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.Jangan sedih-sedih ye tinggalkan kami :P

Ini pula Ustazah Tasnim,ustazah Bahasa Arab.Beliau la yang membawa majmu'ah(kumpulan) saya berjaulah semasa cuti raya haji yang lepas.rindu dia sangat-sangat!