25 October 2010

Terima kasih, 21 pada 24

24 Oktober 2010

Genap umur saya 21 tahun,

21 tahun nikmat hidup yang Allah dah berikan pada saya
21 tahun nikmat Islam dan Iman, Alhamdulillah
Ia adalah semulia-mulia, sebesar-besar dan setinggi-tinggi nikmat yang Allah kurniakan

Terima kasih Allah, Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih.
Semoga saya sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.Ameen

21 tahun ibu bapa saya menjaga puteri sulung mereka ini
dengan penuh kasih sayang
tidak putus-putus semangat dan nasihat yang diberikan
sabar melayani kerenah saya yang sangat banyak perangai

Terima kasih Allah, kerana kurniakan ibu bapa seperti mereka.
Terima kasih abah, emak.
Sayang kalian, sungguh-sungguh :)

Terima kasih juga buat ahli keluarga

Buat kenalan saya,
yang sudi menghulurkan ucapan dan doa,
Terima kasih diucapkan.
Sangat menghargainya,

Doakan saya berjaya dunia dan akhirat
Menjadi seorang Muslimah yang cemerlang dari segala sudut
Ameen,

Umur 21 tahun, umur yang semakin menuju ke alam dewasa.
Banyak azam dan cita-cita yang perlu disempurnakan
Dah boleh buat list dah.
Jangka panjang dan jangka pendek :D
Ada juga untuk sepanjang hayat.

Jangka pendek, kena jadi rajin. sebab End Round tinggal seminggu lebih je lagi. Tak boleh main-main dah

Semoga segalanya dipermudahkanNya :)

Terima kasih ye kalian atas segalanya,
baik yang dekat mahu pun jauh
yang pernah bersua muka, ataupun tidak

Selamat hari lahir buat Ainul Arina, Raihaana Rushami, Fairuz Aimi, Haniey Izhar :)
Semoga hidup kita sentiasa beroleh hidayah dan kasih sayang dariNya.

* Cheese cake, roses, Bourjois Paris.. hehe :D
* teringat pesan emak semalam. baekkksss mem! hihi

0 Respon: