Apa yang tergerak dalam hati kita apabila mendengar ayat "bermanfaat bagi orang lain"?
tolong buat kerja rumah?
tolong kawan yang sedang sakit?
tolong masak kat dapur?
belajar sama-sama?
tolong kawan yang sedang sakit?
tolong masak kat dapur?
belajar sama-sama?
Manusia
Manusia ni siapa ye?
Kenapa manusia diciptakan?
Sudah pasti manusia adalah makhluk ciptaan Allah. Kita ini adalah sebaik-baik ciptaan.Kita ini beruntung, beruntung sangat. Allah tidak akan menciptakan kita sia-sia. Mesti ada sebab kan?
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"....."
Al-Baqarah :30
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"
Az-Zariyaat:56
Sudahkah kita menunaikan hak dan amanah Allah ini?
Kita ini masih main-main lagi. Masih tidak serius dengan tugas kita yang sebenarnya. Buktinya? bumi yang semakin nazak. berzina, buang anak, hedonisme* itu seolah-olah perkara biasa. Kita tengok insan sekeliling kita. Keluarga, saudara mara, sahabat dari sekolah rendah sampai universiti. Itu pun sudah dirasakan beban yang berat terpikul di bahu. T__T
Kisah Umar:
Saidina Umar semasa jahil dan semasa keislamannya adalah orang yang sama. Tetap seorang yang bengis, tegas dan garang! Cuma bagaimana Umar menggunakan sifatnya itu adalah dengan memberi manfaat kepada umat, demi Islam :)
Umar mencabar sesiapa yang berani untuk menghalangnya dan mengejarnya semasa berhijrah. Betapa beraninya umar bila mana syaitan pun takut untuk berhadapan dengan Umar sendiri dan melalui jalan yang sama Umar lalu.
Hebatnya Umar semasa jahiliyyah dia, hebat juga Umar semasa keislamannya.
Begitulah kita, kita gunakan pengaruh kita untuk memanfaatkan kepada Islam. Jika kita pandai menulis novel, tulislah novel yang dapat memberi ibrah* dan menyentuh hati manusia untuk lebih mendekat Islam.
Lebihan*
Apa maksud lebihan atau saki baki itu?
tidak menyumbang dan tidak mengubah apa-apa.
Lebihan= waste products
Waste products= urine = stools= sweat (dan sewaktu dengannya)
Waste products= urine = stools= sweat (dan sewaktu dengannya)
Memang dah jelas kan yang kita tidak memerlukan lebihan itu.
Andai kata kita ini tergolong dalam "lebihan dunia" atas sebab kita ini tidak menyumbang dan tidak mengubah apa-apa, hidup atau matinya kita tiada kesan langsung. Ibarat mati katak?
Na'uzubiilah.
Janganlah sepanjang hidup kita ini, hanya menjadi lebihan semata-mata. Takut-takut nanti Allah tak pandang kita pun. Barulah waktu itu kita akan menyesal. Gunakan potensi diri untuk kita menjadi penyumbang kepada Umat Islam.
" Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, 'Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa' "
Al-A'raf:164
Setiap kita mempunyai tanggungjawab. Buat yang merasai tanggungjawab itu, jalankanlah tugas 'amar makruf nahi mungkar' itu. Allah yang suruh. bukan saya. Nanti Allah tanya tentang sumbangan kita untuk Islam, kita ada jawapan untuk soalan itu.
Wahai manusia, janganlah sampai Allah tarik hidayah itu dan tak bagi-bagi dah lepas ini, baru kamu mahu menyesal. Kita tak tahu, bila dan bagaimana Allah ambil nyawa kita, selagi mana sempat, mari memanfaatkan satu sama lain :)
Semoga pengakhiran kita, adalah dengan pengakhiran yang baik dalam Iman dan Islam. Ameen.
*hedonisme: ajaran filasafat, yang membawa maksud bahawa tujuan hidup terfungsi adalah kesenangan.
*ibrah: pengajaran
*lebihan: terima kasih Ayu Amiza dan Fathiyyah
++ Musibah@sakit adalah kifarah dosa kita. (orang lain pergi sekolah, kita update blog)
++ Ada satu lagi hutang blog. Doakan supaya idea datang bagai mencurah-curah ke ladang gandum :P
++ 7 bulan
6 Respon:
Jadikan kami antara manusia yang bermanfaat kepada orang lain, Ya Rabb..
Nak jadi juga.
Amin.
cepat smbung.olah elok2.well done:)
hidup mulia, mati syahid :D
apa yang 7 bulan syila?
hehe.
punyalah panjang tulis, ayat last jugak yang saya nak tanya.
=)
@Chep:
tau tkpe, orang tgok yg atas2 tu, ni dok tgok yg 7 bulan tu.
7 bulan lagi nak balik Malaysia :D
dah omsik sgt nih~~
tgk ulya, puan, puan dan puan balik.haha.. haih, jeles lak tgok puan2 ni pye status.bile la nak balik malaysia sbg status lain ni :P
Post a Comment