26 October 2009

Surprise :)

Pagi tadi ada kelas praktikal Pharmacology pada jam 8.semuanya kelam kabut. :D pagi tadi elektrik takde,so semua kerja tak dapat buat,so tido lagi best.haha

Semalam ada surprise party untuk saya yang housemates saya dah rancang.teliti juga plan diorang tu.sampai tak dapat nak hidu sikit-sikit pun.sampai ada manusia yang merajuk lari rumah orang sebab takde sapa yang celebrate besday dia. :P

Semalam saya ke Rab'ah.ada kelas Quran bersama Ustazah Iffat.seperti biasa,hari Ahad 4.30ptg sampai 6.30 ptg.

Dalam pukul 6.25 ptg,saya mendapat panggilan dari Cik Radin.tapi saya silent kerana masih mengaji dengan ustazah.satu lagi yang saya pelik,kenapa lah si Zack [Mahfuzah] sibuk-sibuk jawab telefon dalam pukul 6.15 ptg tu.2 kali pulak tu.

"Mungkin dia ada hal selepas kelas Quran ni kot" kata saya dalam hati

takpelah kalau camtu.biarkan je.saya teruskan bacaan saya bersama ustazah.Selepas selesai Izzati baca,kelas kami ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.cuba menelefon semula Cik Radin.

"Syila,dah habis kelas ke?kat mana tu?dah keluar dari rumah ustazah ke?" tanya Radin

"Aah,baru je habis ni.tak keluar lagi.diorang tengah sembang dengan Husna dan Wae.kenapa?" jawab saya

"Nanti Syila tunggu kat Masjid Rab'ah tu" pinta Radin

"Huh?nak buat apa?" saya kehairanan

"Kitorang nak jemput Syila.hehe"

"Huh?Kitorang?apesal ni?" haha..time ni macam-macam dah terlintas dalam kepala otak saya.

"Yela3..nanti kite tunggu depan Masjid Rab'ah tu" saya menurut perintah Radin

Lepas tu,saya terus cakap hal ni kepada Zack.Dia pun buat muka blurr.hoho.pandai hang berlakon naa~ takpa3.nanti kite balas.

Sebelum masuk lif,Zack kata "ala,ta surprise dah la.Radin dah bagitau.tadi Aimi ngan Aisyah dah call suruh buat itu ini.baru nak lambat-lambat sikit keluar dari rumah ustazah"

haha.gelak-gelak lah kami semalam.

Di masjid Rab'ah, tiba-tiba Aimi dan Fathy muncul dari belakang.terkejut! errr..masa ini ada adegan nangis-nangis terharu sikit. :P

Ok,mereka membawa saya naik tremco ke Awwal Abbas [Pizza King tempat destinasi].Radin dan Aisyah menunggu kami di stesen minyak di sana.

Sungguh saya segan!Huda ceritakan pada housemates saya! adoii..Maaf ye,saya MANJA.haha.tak celebrate pun sedih3.eh,sebenarnya sedih sebab hari lahir kita semua sibuk.rumah kosong masa 24 Oktober 2009 itu.huish~ sedih betul.dengan takde sapa yang wish.cuma Fathy je sebab ada Huda dan Cama di rumah masa malam tu.

Saya sayang kat ahli beit saya! Rancangan mereka untuk 'melukakan' hati saya berjaya sudah! namun begitu,ada yang susah hati melihat saya sedih-sedih.si dia itu juga 'depress' pabila melihat saya bermasam muka dan 'depress'.terima kasih lah.kudusnya hati kamu. :P

terima kasih Radin,Fathy,Aisyah dan Aimi! :)


6 Respon:

princess said...

sape si die????????????????????????????????????????

Noor Asyila said...

haha..laju je die ye
baru nak bt kontroversi

takkan la nak kena gtaw kot siapa si die tu
haha

budak pompuan laaa

:P

princess said...

hahaha.. :D

faisazli said...

ak pn tmpang gelak jgk....
hahahahahaha.
reminder smpena besday hang.
ade org penah tnye kt aku..
'ko ni bersahabat mengharapkn ape?'
'hadiah?pemberian?'
murahnye shbt klau nilainye sebungkus hadiah atau stu pmberian.
jadi nk bg mhl sket, kte tmbah sket lg-->lillahi taala.;)

UB-to-be said...

hah cik asyila!
bertungkus-lumus tau sy buat topping cupckaes tu,siap google design dia lagi tau.heheh.

Selamat Hari Lahir Asyila Ismail.
semoga sentiasa diberkati ALLAH.

saaayang syila!

Noor Asyila said...

fais Azli:

syukran fais.[maaf lmbt reply komen ni.malas]

aimi:
terima kasih byk2 aimi
jaga diri baik2 ye.
anda sakit tu.
sayang aimi juga~