10 September 2009
bermula perjalananku ke Pudu secara berseorangan.ini kali ketiga ke Pudu.tahu juga la selok belok di Pudu itu.bagaimana nak naik STAR dan tukar naik PUTRA pula..bila dah travel sorang-sorang ni,kena la buat muka tak tahu malu.rajin bertanya itu ini.orang kata, 'malu bertanya sesat jalan'.pada awalnya mahu bertemu dengan naqibah usrah di KISAS dulu,Kak Farah di KL Sentral.tapi dibatalkan kerana beliau ada kerja lain.oleh itu,saya dan Asiah berpakat untuk berbuka di kolej dalam UM je instead of Mid Valley.lagipun UM ramai je budak2 sekolah SMKASAS yang ada dalam tu.sorry guys tk buat time weekend.ada je makcik2 yang nak balik rumah time weekend.heh
Dari Masjid Jamek, pergi ke Stesen Universiti.dijemput oleh Asiah di sana.naik RapidKL ke rumah sewanya.berehat sebentar di sana,pukul 6.20 petang,saya dan Asiah ke Kolej 6 untuk berbuka puasa.Oh,ini boleh juga dikira Reunion budak2 SMKASAS.tapi tak ramai.ada Azlan,Atoi[waa,aku tk ingat nama betol ko!] dan Rusydan.It seems like a taaruf day.haha.macam2 disoal.macam tak pernah duduk satu sekolah.tak sempat nak jumpa orang-paling-sibuk-di-dunia-mengalahkan-menteri.plan punya plan,dia ada kerja yang tak setel lagi pasal kelab penyayang dia tu.tidak mengapa,ada rezeki,boleh jumpa lagi.[tk balik penang pulak dia ni]
bertarawih di kolej 6,balik ke rumah sewa asiah naik teksi pada jam 10 malam.[aish,kalau kat mesir,mesti kena marah dah ni].sorila tak sempat nak abiskan temubual tu.hihi
berbual-bual dengan Asiah.cadangnya nak tidur awal malam tu.pukul 12.30 malam.dah layu dah mata masa tu.tapi punyalah sakan bersembang dan sesi meluahkan perasaan, tengok2 dah pukul 3 pagi.seronok kenang memori silam! terus bersahur,dan tidur pada jam 4 pagi.selepas subuh,terus siap-siap ke kelas DPHS[kalau tk silap la]
keluar kelas tu pada jam 9 pagi.[kantoi Lan baru sampai kelas time tu.ish3].Asiah hantar sy PPUM,ambil teksi ke KTM Angkasapuri.Angkasapuri-Klang.tiba-tiba dalam KTM tu ada operasi memberkas penyeluk saku.[mungkin ini fenomena biasa]
10.30 am,tiba di Klang.ingatkan dah lambat dah.rupanya sy yg menunggu org.tkpe,saya tk kesah sy tunggu orang.tak suka org menunggu kita.[kadang-kadang kantoi juga]
sambil menunggu,membaca novel Bilal Bin Rabah,ada satu komuter sampai.saya sangkakan Kak Ain,tapi tiada.seperti kukenal 2 orang insan yang lalu di depanku.rupanya si Sidi Firdaus dan Ashraf Marwan.oh,mereka mahu ke KISAS juga.bagi laluan dulu pada mereka.heh!
Kak Ain sampai untuk komuter seterusnya.bersinar-sinar muka saya!haha
di KISAS,mencari ustazah Zakiah yang pertama.call ustazah,jumpa cikgu2..tapi bukan semua cikgu dapat jumpa.sebab masa tu hari jumaat,masa pendek.tk sempat jumpa dan sembang lama.rupanya ada tujuan ustazah zakiah 'paksa' juga saya ke KISAS walaupun pada mulanya berat hati sebab tkde teman.saya sudah faham ustazah! ;)
melawat di sekitar sekolah berseorangan.pelajar muslimin ke Masjid Sultan Sulaiman untuk menunaikan solat jumaat manakala pelajar muslimat ke dewan kuliah untuk kuliah jumaat.ustazah hayati yang menyampaikannya.tangkap-tangkap gambar.[ini pun atas arahan orang suruh update pasal KISAS.rindu agaknya]
dah tk tahu nak buat apa selepas solat di musolla,lantas saya ke depan pagar sekolah,menunggu teksi untuk ke rumah mak angkat saya.mintak maaf ustaz Lah,sebab tak guna jejantas.junior lelaki tu pelik kot tengok senior diorang buat perangai macam ni.haih~
Alhamdulillah,selamat sampai di rumah mak angkat.nasib baik pakcik teksi tu baik dan tahu selok belok rumah mak angkat saya.saya ikut je.kalau kena bawak lari jauh pun saya ikut jugak kot sebab saya memang tak tau langsung tempatnya.harap hint sikit-sikit dari mak angkat saya.huhu.[bahaya sungguh!]
sememangnya saya 'pengsan' di rumah mak angkat saya dari asar sehingga berbuka.wah3..kaver tidur yang semalamnya.bersembang dengan mereka.sungguh!hilang rasa rindu di hati ini.seronok bangat!
rasa terkilan di hati sebab tak sempat nak habiskan novel yg saya sempat baca 3/4 malam tu.pagi tu tak sempat habiskan.huhu..emak,abg amat dan syarafina hantar saya ke Klang Sentral.sudah jauh tempat bas ekspress ni.di Meru.bak kata ustazah zakiah,jauh lagi baik dari stesen bas di Atabah.gelak-gelak baca mesej ustazah.memang betul pun.hik3
bosan perjalanan 4 jam setengah itu.boleh saja saya nak berhenti di Juru.lagi mudah ayah saya nak ambil.tapi saya ni degil sikit.tunggu driver bus tu stop betul-betul kat Penang Sentral tu.saya sendiri ambil bas RapidPenang 702 menghala ke Perda.mahu berhenti di depan Masjid Perda,solat jama' dan ke bazar ramadhan.ada tujuan lain sebenarnya di situ.tapi tak jadi.sebab ada konflik di situ.turun-turun je bas,ayah saya dah ada kat belakang.dari mana entah datangnya.solat si rumah saja.hee~
Alhamdulillah,Allah permudahkan perjalanan saya ke sana sini tanpa sebarang kesulitan. :)
Terima kasih Asiah dan housemate nya..You guys are very nice! sempoii je stay up sampai 3-4 pagi.
Terima kasih mak,abah sebab kasik akak pergi KL sorang-sorang.[jenuh pujuk ni]
++ budak2 oversea [luar mesir] kena kuarantin 8 hari bila dah sampai Mesir.so,kelas tangguh seminggu lepas tu la!yeay!haha..tiba-tiba rasa nak entend tiket lambatkan balik sana.haih~
asyila
13 september 2009
3 Respon:
huh...x smpi staon tggl da mcm2 brubah...
selesa laa dak2 KISAS skrg..huhu..
akk smkasas gk ek..batch mne??
sy batch SPM08..tp da kuar lps PMR06..
sy pi KISAS lak pas 2..huhu
o0o..akak SMKASAS batch PMR 04.
time akak kuar SMKASAS tu korg baru form 1.budak hingusan lg.haha[jgn marah ek]
satu batch ngan abg Haq kamu tu..
knal dia lg tk?
ish mana leh 'Arif tak knal abg Haq, org hebat tuh
Post a Comment