06 July 2008

sahabat




67. pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).


Ketika di musim peperiksaan baru-baru ni, ada seorang kenalan saya bertanya kan ayat yang pernah saya berikan kepadanya kira-kira setahun setengah yang lepas..ayat ke 67, surah az-zukhruf..terima kasih kerana mengingatkan saya pasal ayat ini..=)

Selepas solat maghrib, saya dan sahabat2 serumah berkumpul seperti biasa, bermuzakarah hal-hal yang berfaedah (supaya keperluan ROHANI dipenuhi di samping sibuk dengan ‘tugasan’ untuk menghadapi final exam)..saya mengambil peluang ini untuk berbincang bersama-sama maksud tersirat di sebalik ayat ini..insya Allah sama-sama kita ambil manfaat..sekadar berkongsi..andai kata ada salah dan silap dalam perbincangan tentang tafsiran ayat ini,mohon diri ini dipimpin sebaiknya..

Mengapa ye sesetengah sahabat-sahabat karib akan bermusuhan??
Mengapa jadi begini??
Tidak pula kepada sebahagian yang persahabatannya berdasarkan TAQWA….
Bagaimana pula yang dimaksudkan persahabatan atas dasar iman dan amal soleh (UKHWAH FILLAH)


Persoalan-persoalan ini menerjah ke ruang fikiran saya, mendorong saya mentadabbur ayat Allah ini..

Di akhirat kelak, andai kata lah ada di kalangan kita yg Allah menempatkannya ke NERAKA (nauzubillah) dan pada ketika itu si fulan A berkata, si fulan B ni tak pernah nak ajak aku ke arah kebaikan (melaksanakan amar makruf nahi mungkar) walaupun dia ni berkawan rapat dgn aku..tak pernah ajak aku solat, suruh aku tutup aurat, biarkan aku pergi ke tempat-tempat maksiat…dia buat baik+ibadah sorang-sorang je.. Ya Tuhanku,bawalah dia juga bersamaku ke NERAKA…apa yg kita nak lakukan pada ketika ini jika kita adalah si fulan B tu??yang sepaatutnya berbahagia di SYURGA ALLAH, tetapi bersama-sama pula ditarik ke NERAKA..semuanya kecuaian diri kita sendiri..

Benar hakikatnya bahawa orang yang paling susah ditegur adalah orang yang paling rapat dengan kita..sahabat baik,adik beradik,saudara mara..kekuatan untuk menegur tidak cukup lagi..takut juga apabila diri ini yang masih tidak sempurna, dikata+diumpat yang kononnya ‘BAIK SANGAT’ nak tegur-tegur orang lain..sampai bila kita nak memegang selemah-lemah iman iaitu membenci dalam hati selepas melakukan dakwah dgn kata-kata(lisan) serta perbuatan( hal )..

Alangkah indahnya jikalau kita dapat bersama-sama dgn insan kesayangan kita berada dalam satu fikrah yang sama, mencari Redha Allah Subhanahuwataala.. insya Allah..memang sedih+kasihan melihat insan yang dahulunya pernah bersama-sama belajar di sekolah yang sama, melangkah ke masjid atau dewan bersama-sama dengan tujuan menghadiri majlis ilmu agama di mana insan-insan yang datang ke situ akan dijanjikan SYURGA ALLAH, berubah menjadi insan yg lain dari dirinya yang dahulu..seperti tidak pernah mengetahui syariat Islam..cubalah kita approach dahulu, secara berhikmah..doakannya dibukakan pintu hati..insya Allah akan dimakbulkan..AMIN..

Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini, supaya istiqamah dengan apa-apa yang dilakukan dalam mencari inayahMu..bukakanlah pintu hatiku dan berikanlah HIDAYAH kepadaku..Amiin Ya Rabb..permudahkanlah segala urusan aku dan seluruh umat Islam..janganlah Engkau tempatkan aku dan umat Islam yang lain ke dalam golongan yg bermusuh-musuhan sesama sendiri di akhirat kelak..

Kepada sahabat-sahabat saya, tegurlah saya andai kata diri ini tersasar dari landasan yg sepatutnya..janganlah biarkan diri ini terus hanyut dan leka dengan nikmat yg sementara di dunia ni..sekalipun ditegur, walau sepahit mana, telanlah kerana manisnya akan datang kemudian..kata-kata Rasulullah(kalau tak silap saya), cakaplah yg benar walaupun ianya pahit..


* tahniah kepada kawan saya yang baru sahaja memiliki blog yang dicipta sebaik sahaja sampai di malaysia..moga dengan blog ni, dapat sama-sama kita menjadikannya sebagai medan perjuangan untuk menegakkan Islam..
* terasa sayu bila teringatkan diri ini yang bakal meninggalkan bumi Mesir ini yang masih berbaki 2 hari sahaja lagi..pasti akan merindui teman-teman serumah yang sememangnya havoc..huhu..
* mempunyai tugasan untuk menyelidik dan meneliti tentang sesuatu perkara..

2 Respon:

Eric. said...

Di akhirat kelak, andai kata lah ada di kalangan kita yg Allah menempatkannya ke NERAKA (nauzubillah) dan pada ketika itu si fulan A berkata, si fulan B ni tak pernah nak ajak aku ke arah kebaikan

ayat2 ini menyentuh hati ku. membuat diri ku sebak. YA Allah,ampuni lah dosa2 diri ini dan sahabat2 ku, terima lah taubat kami, amin.

________

Benar hakikatnya bahawa orang yang paling susah ditegur adalah orang yang paling rapat dengan kita

setuju.

____

salam3alayk. :)

Noor Asyila said...

syukran atas respon